Bismillah. Ya Allah ajarilah aku perkara yang aku masih jahil dan berilah aku ingat semula perkara yang aku sudah lupa, Amin.
Sempena Kedatangan Aidul Adha, selain bagi menunaikan Fardhu Haji bagi yang mampu. Ianya juga adalah bagi ‘berkorban’. Iaitu berkorban harta, berkorban apa yang kita sayang. Jika dahulu Nabi Ibrahim diuji oleh Allah supaya ‘memyembelih’ anaknya sendiri.
Kita digalakkan untuk melatih diri bagi memulakan ataupun menjadikan amalan berkorban untuk orang lain.
Saya ingin mengambil kesempatan ini, bagi merayu lebih ramai orang supaya melakukan pengorbanan yang lebih diperlukan oleh rakyat Malaysia ketika ini, iaitu kesempitan wang dan juga bebanan hutang akibat dari kesilapan mengurus wang tanpa mahu mencari ilmu.
Ketika ini banyak individu yang dibebani dengan masalah hutang seperti hutang kad kredit. Ada yang sudah tersepit sangat, walaupun mereka sudah insaf, hutang duit perlu dibayar dengan duit.
Saya melihat di zaman ini, melakukan korban bukan hanya tertumpu kepada proses penyembelihan lembu semata-mata, tetapi juga melihat kepada masalah ummah yang sekarang ini banyak dihimpit dengan masalah hidup yang lebih memerlukan duit berbanding ‘ 300 gram – 1kg ‘ daging.
Saya sedang mengumpul beberapa individu yang solat 5 waktu dan ketika ini menanggung hutang yang sangat membebankan mereka. Saya bercita-cita dengan izin tuan dan cik puan bagi kita membuat suatu usaha ‘Berkorban’ untuk membantu hamba Allah yang lain yang sedang dilanda ‘Musibah yang mereka sendiri pilih’.
Benar, hutang itu mereka yang buat, biarlah mereka sendiri tanggung. Saya tidak sanggup apabila berpegang kepada kata-kata “Tidak sempurna imam seseorang kamu, selagi mana kamu tidak menyintai orang lain seperti mana kamu menyintai diri kamu sendiri”
Cinta orang lain, seperti mana kita cinta diri kita sendiri. Sudah pasti majoriti kita tidak sanggup hidup di dalam bebanan hutang yang semakin lama membuatkan kita semakin lama semakin miskin. Begitu juga orang lain.
Saya ingin mencadangkan untuk mengambil simbolik 7 bahagian di dalam seorang lembu itu sebagai asas bagi berkorban dengan niat untuk berkorban dari harta bagi membantu orang lain yang sedang di dalam kesempitan.
Di Doakan Allah juga menerima pengorbanan kita itu demi mendidik hati kita supaya kisah dan sanggup berkongsi harta dengan orang yang lebih susah.
Saya ingin mencadangkan kepada yang ingin berkorban, RM 70 untuk satu bahagian.
Kepada yang berkorban lembu, teruskan, kita mahu amalan ini juga diteruskan, dan pada masa yang sama, kita juga perlu ada mekanisma untuk berkorban bagi membantu individu yang hanya dapat dibantu dengan RM dan bukaannya daging.
Duit yang diterima nanti akan dibank in terus ke dalam akaun individu yang ada hutang kad kredit. Syaratnya adalah individu tersebut solat 5 waktu sehari. Hutang kad kredit dipilih kerana interestnya 18% membuatkan lebih banyak orang menjadi ‘fakir’ miskin.
Didoakan Allah terus melembutkan hati kita supaya sentiasa merasai, bahawa setiap manusia yang ada di atas dunia ini, hanya berasal dan dari darah daging dan keturunan Nabi Adam A.S Dan Hawa.
Tiada bangsa selain dari bangsa Manusia yang bernama Adam dan Hawa. Kerana kita semua adalah ‘adik beradik’ dari seorang ayah dan ibu bernama Adam dan Hawa.
Astaghfirullah. Wallahu A’lam (Hanya Allah yang tahu segala-galanya dan yang sebenar-benarnya)
Malaysia | Shamsuddin Kadir
Bismillah,
Assalamualaikum Tuan.
Saya berminat untuk membantu saudara se-Islam yang mengalami masalah kesempitan kewangan.
Boleh saya dapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang program yang mulia ini?