Bismillah. ‘Financial Freedom’ impian yang melanggar fitrah semula jadi manusia.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam, salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Banyak buku-buku barat dan juga penceramah barat mengajar dan mempengaruhi sebahagian besar kita supaya mengejar Kebebasan Kewangan.
Di mana kebebasan kewangan itu termasuk tidak perlu bekerja, ‘pasif income’ semata-mata. Banyak yang menjual impian palsu itu.
Di dalam Islam, mengikut salah seorang sifu agama saya, beliau mengatakan antara pahala yang menyamai dengan usaha belajar ilmu akhirat adalah keluar bekerja @ berusaha bagi mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarganya.
Bekerja sama ada bercucuk tanam, menjadi pekerja ataupun berbisnes itu adalah fitrah manusia untuk mencari pendapatan bagi membiayai kos sara hidup selagi hidup di dunia ini.
Bekerja itu sesuatu yang bagus, bukti yang menunjukkan sebaik-baik pekerjaan adalah yang menggunakan tangan dan kakinya sehingga mengeluarkan peluh.
Impian supaya menjadi ‘Financial Freedom’ itu adalah antara usaha barat untuk menjual impian palsu dan pada masa yang sama melanggar fitrah semulajadi manusia.
Memiliki sebahagian pendapatan melalui sumber yang ‘pasif’ itu tidak mengapa, asalkan ini juga mempunyai sumber yang aktif juga. Abdul Rahman Auf juga bekerja, pergi ke pasar untuk berbisnes.
Islam tidak mengajar manusia supaya menjadi malas, dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
‘Financial Freedom’ di dalam ajaran Islam yang kami faham, adalah jangan menanggung hutang-hutang yang tidak perlu untuk manusia. Contoh hutang yang tidak perlu adalah hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit, hutang skim Ansuran mudah. Dan di dalam Islam juga mengalakkan kita berbudaya mengikut sunnah Nabi, supaya kita mendapat banyak manfaat sewaktu di dunia dan di akhirat. Berkerja itu menambah pahala.
Banyak aktiviti menjual impian palsu ‘Financial Freedom’ gaya barat giat dipromosikan di Malaysia dan ianya melanggar fitrah manusia.
Entri di atas ada tip kepada para mentee kepada Shamsuddin Kadir.
Lain sekolah ilmu, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.
Astaghfirullah. Wallahualam (Hanya Allah yang tahu segala-galanya, dan hanya Allah yang tahu yang sebenar-benarnya)
Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir