Bismillah. Bismillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Allam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Kenapa Tuan inginkan anak tuan semuanya berbisnes ?
“Saya mahukan anak saya sentiasa bergantung kepada Allah pada setiap masa. Ini kerana apabila berbisnes, selain dari berusaha, kita menagih bantuan dan sokongan dari Allah.”
Habis orang makan gaji tidak bergantung kepada Allah ?
“Orang makan gaji juga bergantung kepada Allah, cuma orang yang lemah imannya akan merasakan selamat dan selesa, kerana setiap cukup bulan ada gaji terutama yang bekerja dengan sektor kerajaan. Bulan ini bila ya gaji masuk?”
“Apabila berbisnes, In Syaa Allah tahap kebergantungan kepada Allah lebih. Walau bagaimanapun ada juga apabila berbisnes, mereka lupa Tuhan kerana melibatkan diri dengan rasuah ataupun apabila sudah terlampau senang”
Habis saya perlu makan gaji ataupun berbisnes?
“Tuan boleh memilih sama ada untuk makan gaji ataupun berbisnes, kerana kedua-duanya mendatangkan rezeki yang halal apabila kita melakukan urusan yang halal. Saya tidak dapat menentukan dunia tuan, kerana untuk berbisnes, ianya tidak semudah untuk bekerja makan gaji, iaitu apabila kita makan gaji kita menerima arahan. Di dalam bisnes, kita perlu memberi arahan kepada diri kita sendiri”
In Syaa Allah, kita ada menyediakan ruang kepada individu yang ingin mempelajari sebahagian dari ilmu dan kemahiran yang perlu ada apabila memasuki dunia bisnes.
Mohon rujuk ke halaman Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013 ataupun kursus Berhijrah Menjadi Usahawan siri 2.
Astaghfirullah. Wallahualam
Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir