Skip to main content

Bismillah. Hulur Bantuan Sebelum Sahabat Meminta.

Pesan sifu agama saya.

” Dalam Surah An-Nur ayat 61 menjelaskan: “Bahawa tidak ditegah memasuki rumah dan makan , terhadap begitu banyak rumah golongan tersenarai yagn dijelaskan oleh Allah SWT.”

Termasuk golongan “Sodiq” yang bererti kawan rapat, yang saling mempercayai dan membenarkan antara satu sama lain.

Termasuk pihak yang diharuskan memasuki rumahnya, mereka saling tidak meragui apa jua yang diperkatakan oleh kedua-dua pihak di kalangannya.

Begitu juga rumah yang kamu diberi kepercyaan memegang kuncinya, kerana hanya sahabat yang dipercayai sahaja diberi menyimpan kunci rumahnya. Situasi itu bukti perhubungan antara kedua-duanya sangat erat.

Allah SWT menurunkan ayat 61 Surah An-Nur itu , kerana pada ketika itu walaupun berkawan begitu rapat, namun merasa tidak sampai hati untuk makan di rumah sahabatnya lantaran takwa, justeru itu hingga ayat 61 Surah An-Nur diturunkan.

Ayat tersebut juga mengizinkan kepada umat Islam untuk makan minum, dengan senang hati di rumah sahabatnya yang bertaraf “Sodiq” dan di rumah orang yang beri kepercayaan memegang kunci rumahnya. Meskipun mereka tiada di rumah, tidak merasa bimbang akan dimurkai tuhan, kerana terdapat golongan yagn diberi kelonggaran.

Lantaran mereka termasuk di bawah persaudaraan, sebagaimana yang dijelaskan. Setelah Ayat 61 Surah An-Nur itu. Setelah dinyatakan peranan harta benda dan hubungan dalam persaudaraan yang bertaraf “Sodiq” dan kepercayaan itu, kini dinyatakan peranan khidmat tenaga dalam hubungan persaudaraan.

Jangan biarkan sahabat dengan tidak mengambil penduli susah senang kehidupan mereka. Tolong bantu dengan tenaga serta jiwa raga, bagi mengatasi kesempitan dan keperluan hidup sahabatnya, seperti yang dituntut oleh Islam.

Menilai keperluan dengan usaha kajian sebelum sahabatnya meminta sesuatu. Apabila diamalkan kepedulian tinggi di kalangan masyarakat, dengan sendiri tidak wujud dengki khianat dan perbalahan sesama mereka. Satu di antara perkara utama yang perlu dilakukan iailah: tunaikan hajat saudaranya lebih dahulu sebelum daripada menunaikan keperluan sendiri.

Perkara tersebut tidak keberatan baig mereka yang Allah SWT kurniakan rezeki lebih sebagai orang berada, amat wajar mereka melakukan ajaran tersebut. Menunai hajat orang lain dengan tenaga serta jiwa raga mempunyai darjat (peringkat), sebagaimana menyempurnakan hajat sahabatnya dengan harta benda.

Paling rendah darjat persahabatan mereka ialah; Menyempurnakan ketika sahabat karib telah datang menyatakan hajatnya. Keprihatinan terhadap saudaranya dapat dilihat apabila ahli yang istiqmah berjemaah di masjid, tiba-tiba orang berkenaan tidak kelihatan berjemaah pada suatu waktu.

Ini menyebabkan orang yang tinggi rasa keprihatinan segera menyelidik tanya; apakah keuzuran sahabat itu hingga tidak hadir solat berjemaah. Sebaik mengetahuinya dia lebih dahulu menziarahinya jika sahabatnya itu ditimpa sakit, sebelum pihak lain memberitahunya.

Dialah individu terawal membantu jika sahabatnya hadapi masalah pada diri ataupun keluarganya. Jika seseorang memiliki kudrat untuk memberi pertolongan, sepatutnya pertolongan diberikan sebelum sahabat menyatakan hajatnya.

Pertolongan diberikan secara rela hati, dengan ceria, serta wajah manis dan gembira, merasa bertuah atas kehadirannya Kerana berpeluang untuk mendapat pahala, bukan kerana malu ataupun orang itu telah datang minta bantuan.

Sebahagian alim ulama menyatakan; bahawa apabila seseorang menemui sahabat untuk mohon disempurnakan hajatnya, sayangnya mereka tidak menunaikan hajat tersebut, ketika itu hendaklah diperingatkan dia untuk kali kedua mungkin dia terlupa. Andainya diberi peringatan kedua dia mengabaikannya juga bererti jiwanya telah mati.

Apa sertinya hidup bersama dalam masyarakat, jika mengabaikan budaya bertolong bantu sesama ahli masyarakat. Justeru itu wajar didoakan ke atasnya supaya Tuhan hidupkan jiwanya yang telah mati, agar dapat bertemu seterusnya dalam situasi berkebajikan.

Alim ulama zaan silam ada yang ambil berat tentang nasib balu adik beradiknya, walaupun saudaranya telah mati 40 tahun dahulu. Saban hari ulama berkenaan masih ulang alik, untuk ambil tahu bagi mengatasi segala keperluan hidup keluarga balu adik-beradiknya.

Orang itu bertanya khabar setiap hari, tentang makan minum serta lain-lain masalah, orang lain tidak menyedari meskipun telah berpuluh-puluh tahun dilakukannya. Dengan cara begitu nampaklah simpati serta kasihan belas, seseorang terhadap saudarnaya yang telah meninggal dunia.

Jika tiada simpati dan kasihan belas terhadap saudara atau kawannya, maka tiada kebajikan seseorang itu bersaudara ataupun bersahabat . Ia terjadi lantaran pengetahuan agamanya amat sempit, mereka jarang bertemu dengan peristiwa begini dalam masyarakatnya.

Seolah-olah persahabatan dan ukhuwah Islamiah tidak wujud dalam kehidupan beragama, akhirnya masyarakat punah ranah dan hidup dalam situasi nafsi-nafsi. Segalanya mendedahkan masyarakat umat Islam kian jauh daripada semangat hidup beragama.”

Begitulah pesan ketua sifu agama saya Shamsuddin Kadir)

Itu yang menjadi sebab asas, sebab apa SK Training Academy Sdn Bhd menyediakan pakej Sahabat bagi program kursus @ seminar terkini yang kami jayakan supaya jiwa yang sudah mati sekiranya ada, hidup kembali.

Mohon rujuk ke halaman di bawah ini.
https://docs.google.com/forms/d/1lhSA7CndCIYZWaKKSuKyUW8nXnTpLfXglBtfOTzDLH0/viewform

Link ini adalah semata-mata untuk rujukan tuan dan cik puan dalam usaha menjadikan diri sentiasa di dalam kategori sahabat dalam hidup beragama.

Astaghfirullah.

Leave a Reply