Bismillah. Assalamualaikum WBT,
Tuan dan cik puan yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi dan salam Inspirasi buat saudaraku yang bukan beragama Islam.
Seminar ini adalah berkenaan dengan wang dan pelaburan. Di mana ianya berkaitan dengan setiap ringgit yang kita belanjakan, ke mana ianya dibelanjakan. Ini bagi mengenalpasti sekiranya terdapat perbelanjaan membazir. Banyak kaedah duit kita dibelanjakan akan dibincangkan supaya kita fokus kepada perbelanjaan berkualiti sahaja, ini bagi memberi ruang kepada hidup yang lebih luas dan tenang. In Syaa Allah.
Seminar ini juga dengan izin Allah untuk mengoptimumkan setiap ringgit yang kita peroleh dari inci ke inci dari ringgit ke ringgit, insya Allah sama ada untuk dibelanjakan ataupun untuk dilaburkan.
Pelajari juga tentang hutang-hutang yang membuatkan kita semakin kaya, dan hutang-hutang yang membuatkan kita semakin hari semakin miskin.
Pelajari tentang peluang dan ruang perlaburan yang ada di luar sana, termasuk bagaimana ilmu menghasilkan untung yang di luar sempadan pemikiran normal.
Pelajari tentang emas, antara risiko, stabiliti, inflasi dan juga keuntungan.
Pelajari bagaimana kita dapat beli rumah dengan ‘diskaun’ 90% di beberapa lokasi yang tertentu.
In Syaa Allah apabila dipratikkan ilmu yang dipelajari, peluang untuk hidup dengan lebih bebas dan ceria menjadi satu realiti.
Kursus ini sesuai bagi individu ataupun pasangan yang ingin hidup dengan lebih tenang dan ceria. In Syaa Allah kesannya dapat dilihat sebaik dipratikkan tip-tip wajib dan tip-tip pilihan yang akan dikongsikan oleh Trainer iaitu Shamsuddin Kadir.
Seminar ini dijayakan di dalam bentuk ceramah pendek dan latihan individu dan juga berkumpulan, In Syaa Allah.
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Lokasi : Bilik Seminar 2 (Dewan Aminuddin Baki) Wisma Sejarah, Kuala Lumpur (Berhadapan Institut Jantung Negara)
Link peta: http://goo.gl/dGMC7
Masa : 9 Pagi dijangka tamat 4.30 Petang (Pendaftaran Jam 8.30 pagi)
Pakej Pembayaran Seminar di bawah di buat, bagi memastikan ruang duduk dan meja yang lebih selesa.
Pakej 1: RM 100 / seorang (Pelajar & suri rumah)
Pakej 2: RM 130 / seorang (Bagi penerimaan bayaran sebelum / pada 8 Ogos 2013)
Pakej 3: RM 230 / sepasang (Bagi pendaftaran bersama pasangan suami / isteri / tunang)
Pakej 4: RM 120 / seorang (Bagi pendaftaran secara berkumpulan iaitu pendaftaran 3 orang dan ke atas)
Pakej 5: RM 250 seorang (Bagi pendaftaran untuk 2 seminar iaitu termasuk Seminar Memulakan Bisnes Sendiri)
Pakej 6: RM 150 / seorang (Bagi pendaftaran individu yang tidak termasuk di dalam pakej 1-5)
*Mohon bawa bersama kad matrik semasa sesi pendaftaran di seminar
** Minum pagi (refreshment) disediakan.
***Makan tengahari tidak disediakan. Peserta boleh ke cafe Perpustakaan Negara atau di Hospital Pusrawi (terletak di kiri dan kanan Wisma Sejarah) untuk menikmati makan tengahari.
Pembayaran boleh dilakukan di:
i) Maybank : 5621 0620 0279 (Shamsuddin Abdul Kadir)
ii) Bank Islam : 1424 7020 0038 05 (Shamsuddin Abdul Kadir)
Slip bukti pembayaran boleh dikirimkan ke alamat emel seminarwang@sk.my atau difak ke nombor 03 4142 7300
MAKLUMAN PENTING PENDAFTARAN:
Peserta disahkan pendaftaran bagi kursus ini iaitu apabila sudah menerima emel maklumbalas dari pihak penganjur (SK Training Academy Sdn Bhd) dengan tajuk emel “Alhamdulilah di atas pendaftaran tuan / cik puan!”
Link borang pendaftaran (Google Document) : http://goo.gl/Zg4xL
Link borang pendaftaran (Facebook) : http://goo.gl/wTpzc
Kata pakar kewangan. Masalah hutang tidak boleh diselesaikan menggunakan duit. Sekali baca rasa tersalah kenyataan itu.
Apabila kita membaca berkali-kali, kita bertambah faham. Menambah kefahaman dengan ilmu dan latihan.
InsyaAllah, kursus ini memberi pendekatan kedua-duanya kepada peserta.
Didoakan Allah terus menerus merahmati tuan dan cik puan dengan limpahan ilmu dan keberkatan.
Antara risiko mengikuti kursus ini, adalah kita terpaksa mengubah sikap dan cara kita menjalani kehidupan, kerana apabila kita ingin hasil kita berubah, usaha kita turut perlu berubah.
Rujuk www.facebook.com/events/552836818117452/?fref=ts untuk maklumat lebih lanjut ataupun mendaftar, tempat adalah sangat terhad.