Skip to main content

Bismillah. Insyaa Allah Kursus Rancang Wang Untuk Bakal Pengantin akan diadakan pada hari Sabtu 10 November 2012.

Bismillah. Berdasarkan pertanyaan dan permintaan untuk kursus merancang kewangan untuk individu yang bercita-cita ingin berkahwin suatu masa nati.

Pihak kami akan menganjurkan kursus Rancangan Wang Untuk Bakal Pengantin Siri II.

Kursus ini diadakan bagi memberi ruang kepada individu yang bercita-cita ingin berkahwin dalam tempoh 1 – 5 tahun lagi.

Pelajari ilmu dan kemahiran mengurus kewangan untuk majlis perkahwinan dan selepas kahwin supaya tidak dibebani dengan masalah kewangan. Ekonomi Teguh, Insyaa Allah Rumahtangga Kukuh.

Objektif kursus ini adalah :

Melengkapkan para peserta dengan kemahiran pengurusan kewangan rumahtangga

Mempelajari bagaimana memulakan kehidupan berumahtangga yang bebas dari bebanan belanja besar bermula dari majlis merisik.

Bagaimana memasuki keluarga mertua dalam keadaan selamat terutama untuk pengantin perempuan.

Mengurus perkahwinan tanpa menjadi raja sehari, hamba sepanjang hayat.

Merangka pengurusan kewangan yang selamat, tanpa perlu menanggung hutang-hutang yang membuatkan kita menjadi semakin miskin.

Kursus ini menurangkan risiko bergaduh dengan pasangan berkenaan dengan isu perkahwinan. Kajian menunjukkan pasangan bercerai bukan disebabkan oleh kerana banyak ataupun sedikit duit yang pasangan itu ada, mereka bercerai kerana tidak berpuas hati terhadap cara duit itu dibelanjakan.

Modul ini tiada di dalam kursus perkahwinan *

* Berdasarkan maklum balas berpuluh-puluh individu yang pernah mengikuti kursus perkahwinan yang diwajibkan antara tahun 2002 sehingga 2012.

Kursus ini sesuai untuk :
Pelajar kolej / universiti
Graduan universiti
Individu yang sudah bekerja
Individu yang bakal berkahwin dalam masa terdekat

Tarikh Kursus : Sabtu, 10 November 2012. Jam 9.00 sehingga 5 Petang.

Bayaran RM 250 seorang. Pembayaran sebelum 15 Oktober RM 180. Pembayaran sebelum ataupun pada 30 Oktober 2012 RM 220. Datang berdua (sama ada berpasangan ataupun kedua-dua lelaki ataupun kedua-dua perempuan) Tambahan diskaun RM 20 untuk setiap seorang.

TEMPAT EKLUSIF UNTUK 20 orang yang membuat pembayaran paling awal sahaja.

Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 562106 200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir. Emelkan ke info@sk.my bukti pembayaran ataupun fakskan ke 03 4142 7300.

Boleh hadiahkan tempat untuk bakal suami, bakal isteri, ataupun untuk adik tersayang ataupun anak yang ingin dilengkapi dengan kemahiran mengurus wang yang efektif. Ianya juga sesuai sebagai hadiah perkahwinan dari sahabat yang ingin melihat sahabatnya memasuki alam perkahwinan dengan keadaan selamat terutamanya dalam hal berkenan kewangan rumahtangga.

SIJIL DIBERIKAN BAGI PESERTA YANG MENDAFTAR AWAL, IAITU SEBELUM ATAUPUN PADA 30 OKTOBER 2012.
Ketika entri ini ditulis, sudah 3 peserta mendaftarkan diri.

Leave a Reply