Skip to main content

Assalamualaikum WBT,

Menemui semua sepupu yang dirahmati Allah lagi dicintai Nabi,

Didoakan tuan dan cikpuan semua terus menerus dirahmati Allah dengan limpahan rezeki yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan. Amin.

Sudah lama juga kita tidak berbicara di ruangan ini, ampunkan saya, kerana jadual program yang padat, saya tidak dapat bersama untuk sekian lama. Di pagi yang mulia ini, saya mengambil kesempatan bagi memberi sepatah dua kata terutama dengan kos yang perlu kita tanggung setiap kali kedatangan Syawal.

Apabila kedatangan Syawal, dua perbelanjaan yang meningkat. Yang pertama : Perlaburan saham akhirat dengan melebih-lebihkan sedekah duit dan makanan.

Yang kedua : Pembelian baju baru untuk dipakai pada 1 Syawal.

Belanja lain, insyaa Allah seperti biasa. Alhamdulilah, kedatangan Ramadhan tahun ini, kami masih istiqamah untuk tidak membeli apa-apa barangan untuk raya. Contohnya, langsir kaya, bekas kuih, sofa raya, dalan lain-lain.

Teruskan Istiqamah. Mengikut Kajian, orang yang merasakan dirinya MAHAL, mereka tidak memerlukan benda-benda mahal untuk dilekatkan ataupun ditempatkan di sekeliling mereka.

Buku terbaru yang sudah terbit di pasaran adalah Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta. Insyaa Allah ada 2-3 buah buku lagi yang akan diterbitkan pada tahun 2012. Mohon doa dari tuan dan cikpuan yang budiman.

Mohon maaf zahir dan batin.

Leave a Reply