Skip to main content

Assalamulaikum,

Saya ingin pandangan dari saudara Sham, saya telah mendapat surat ke mahkamah atas perkara hutang rumah yang tertunggak.

1. Apa perlu saya buat.
2. Bagaimana kalau saya biarkan sahaja surat mahkamah itu? Apa akan terjadi.
3. Boleh tak saya terus pergi ke bank bayar sedikit dan lupakan pasal surat ke mahkamah itu?

Harap saudara  Sham dapat beri sedikt tips. Saya dalam keadaan risau amat sangat.

Terima Kasih

————————-

Waalaikummusalam saudara,

Didoakan saudara sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Saudara yang dihormati, apabila saudara sudah terima surat mahkamah, kita perlu terus membayar ansuran yang tertunggak itu walaupun tidak boleh bayar semuanya. Bayar sebanyak yang boleh, keluarkan semua simpanan dalam bank, tabung haji, bawah tilam dan lain-lain perlaburan. Pastikan jumlah ansuran tertunggak itu tidak lebih dari 2 bulan ataupun untuk selamat, pastikan ansuran tertunggak kurang daripada jumlah ansuran untuk sebulan.

Hubungi pihak penguam melalui surat menghadiri mahkamah, jika boleh fakskan semua pembayaran ansuran yang dibuat itu, mohon beliau untuk batalkan pembicaraan di mahkamah.

Jika tidak terdaya, hadiri bicara di mahkamah, dan mula membayarnya mengikut apa yang kita mampu, bincangkan dengan hakim, situasi yang kita sedang kita hadapi.

Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Hentikan perbelanjaan yang tidak perlu, seperti saluran tv berbayar, broadband jika kita tiada bisnes yang betul-betul lebih dari balik modal.

Shamsuddin Kadir

3 Comments

  • hapiz rajali says:

    Salam Sham dan kepada yang bertanya. Semoga saudara dirahmati oleh Allah hendaknya. Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit nasihat memandangkan saya seorang peguam yang biasa terlibat dengan kes sebegini. Nasihat saya kepada saudara, pastikan saudara hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan pada masa yang sama cuba berhubung dengan pihak bank berhubung bayaran ansuran bulanan. Saya menganggap mungkin saudara mengalami masalah berhubung kewangan dan sebab itulah berlakunya hutang yang tertunggak. Pihak bank biasanya akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sekiranya saudara juga menunjukkan inisiatif untuk membayar hutang tertunggak tersebut. Saudara buat seperti yang disarankan oleh Tuan Sham tu, insya Allah moga dipermudahkan semuanya. terima kasih

  • hapiz rajali says:

    Salam Tuan Sham dan kepada yang bertanya. Semoga saudara dirahmati oleh Allah hendaknya. Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit nasihat memandangkan saya seorang peguam yang biasa terlibat dengan kes sebegini. Nasihat saya kepada saudara, pastikan saudara hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dan pada masa yang sama cuba berhubung dengan pihak bank berhubung bayaran ansuran bulanan. Saya menganggap mungkin saudara mengalami masalah berhubung kewangan dan sebab itulah berlakunya hutang yang tertunggak. Pihak bank biasanya akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sekiranya saudara juga menunjukkan inisiatif untuk membayar hutang tertunggak tersebut. Saudara buat seperti yang disarankan oleh Tuan Sham tu, insya Allah moga dipermudahkan semuanya. terima kasih

  • Nur Azi says:

    Salam Tuan Shamsudin,

    Saya ingin bertanya pendapat tuan, jika seseorang itu mempunyai 2 kredit kad yang telah mencapai tahap maksima (RM10K setiap satu), kemudian membuat bayaran minimum setiap bulan & menggunakan semula kad tersebut secara maksima setiap bulan – Adakah dengan membuat pinjaman peribadi untuk membayar semua hutang kredit kad & sekaligus menutup akaun tersebut dapat membantu? Tidakkah ianya dianggap hutang ke atas hutang?

    Semoga Tuan dapat memberikan nasihat & panduan yang boleh dikongsi bersama bagi membantu sahabat ini.

    Terima Kasih.

Leave a Reply