Skip to main content

Assalamualaikum dan salam ceria,

Kursus di atas disediakan bagi saudara dan saudari yang ingin melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi melangkah menjadi seorang usahawan berjaya, dengan usaha, iktiar dan izin Allah SWT.

Kursus ini terbuka untuk individu yang makan gaji sebelum ini dan ketika ini dan bercita-cita untuk menukarkan kerjaya hidup dari seorang pekerja, kepada seorang pengusaha. Ilmu yang dikongsikan dan kemahiran yang dipindahkan adalah bagi memastikan peserta dapat memasuki dunia bisnes tanpa memasuki dunia bisnes dengan tangan terbakar. Di mana duit yang ditangan hangus, kerana tersilap ataupun ketiadaan ilmu berniaga yang sebenar.

Memasuki bisnes dengan mengambil nasihat dari individu yang makan gaji, menjadi antara sebab utama, banyak yang gagal apabila menceburi dunia bisnes.

Antara ilmu yang menjadi penyebab gagalnya seseorang itu memulakan bisnes adalah :

1. Memasuki dunia bisnes dengan berhutang duit

2. Mengamalkan sistem persaingan, iaitu bersaing (ini bukan ajaran Islam, dan ianya yang menjadi penyebab utama bisnes lingkup walaupun selepas 10 tahun mengusahakannya)

3. Percaya modal besar untung besar

4. Percaya MLM dan direct selling adalah ‘bisnes’

5. Modal duit adalah perkara yang paling penting

dan lain-lain.

Cara orang makan gaji membuat bisnes dan orang bisnes menguruskan bisnes adalah berlainan. Antara yang membezakannya adalah :

1. Bahasa yang digunakan

2. Khidmat pelanggan yang ditawarkan

Kursus ini melengkapkan kita dengan kaedah orang bisnes memasuki dunia bisnes dengan selamat dan juga membebaskan usahawan dari ‘sumpah usahawan’ iaitu tiga (3) tahun pertama. Iaitu 90% daripada individu yang memulakan bisnes, lingkup dalam masa 3 tahun pertama.

Sebelum datang kursus  ini, sebaiknya mulakan membaca buku-buku bisnes, sebanyak yang boleh, supaya kita datang dengan otak yang kosong. Ini bagi memastikan kita dapat bertanya banyak dan mempelajari perkara-perkara yang lebih penting berbanding perkara yang terlalu asas.

Buku-buku komunikasi juga perlu dikhatamkan, bagi memastikan saudara dan saudara mendapat hasil yang terbaik.

Sebelum datang kursus, baik juga jika doa di bawah terus diamalkan secara setiap kali kita mengingatinya, iaitu

“Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dengan kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para malaikat yang hampir denganMu, wahai Allah yang maha pembuka lagi maha tahu, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana. Ya Allah perkenankanlah doaku ini (Amin).”

Mulakan ataupun teruskan amalan memberi sedekah secara konsisten, jika setiap hari boleh menderma lebih bagus.

Mulakan juga melakukan solat sunat Dhuha, bagi saudara dan saudari yang belum melakukan secara serius. Sebaiknya setiap hari dilakukan. Waktu bagi melakukannya adalah antara jam 8.30 sehingga jam 12.00 tengahari untuk lebih selamat. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat, kerana Allah…”

Selepas habis sembahyang baca doa di bawah

“Ya Allah jika rezekiku dilangit, turunkanlah ia, jika rezeki ku di perut bumi, keluarkanlah ia, jika rezekiku sedikit, perbanyakkanlah ia, jika rezekiku banyak, berkatilah ia, jika rezekiku haram, sucikanlah ia, berkat dengan waktu DhuhaMu ini, perkenankanlah doaku ini (Amin).”

19 tempat untuk 19 peserta disediakan. Kepada yang ingin mendaftar dipersilakan mengemelkan nama, nombor telefon dan daerah ke info@sk.my

Pengesahan pendaftaran hanya dibuat untuk 19 peserta terawal yang membuat pembayaran. Bagi mengelakkan membayar lebih, dapatkan penjimatan sebanyak RM 45.

Leave a Reply