Insyaa Allah, pihak SK Training Academy Sdn Bhd, akan menjayakan bengkel Urus Wang Dengan Sistem Sampul pada hari Sabtu 2 April 2011.
Bengkel ini bagi membantu kita mengagihkan pendapatan kita mengikut sistem berkesan, berdasarkan testimonial peserta kursus korporat, peserta kursus terbuka dan pembaca buku yang telah mempratikkannya.
Yuran perlaburan adalah RM 50 sahaja.
Waktu kursus : 9 Pagi sehingga 12 tengahari.
Lokasi: SK Training Academy Sdn Bhd 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Tel ; 03 4142 5300.
Peserta perlu membawa sekurang-kurangnya 50 sampul surat kosong. Saiz standad, ataupun 6cm x 9 cm.
Pendaftaran suami dan isteri RM 80 untuk 2 orang.
Terbuka untuk 19 orang sahaja.
Bagi mendaftar, emelkan ke info@sk.my, sertakan nama, dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
Selepas mendapat pengesahan kekosongan tempat, saudara dan saudari boleh membuat pembayaran ke akaun Maybank 562106 200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir
Kaedah mengurus wang gaji menggunakan sistem sampul (urus belanja), membantu kita supaya tidak terjebak dengan bebanan hutang dan krisis duit gaji yang tidak cukup, dengan izin Allah SWT.
Salam Tuan SK
Bagus bengkel ini. Tuan SK jika membuka bengkel-bengkel seperti ini tidak sepatutnya dilepaskan peluang tersebut. Saya memang mengesyorkannya. Ini kerana ia penuh pengisian ilmu. Saya amat yakin dengan kewibawaan Tuan.
Tuan SK, terimakasih dengan ilmu yang telah Tuan curahkan 🙂
salam, thanks tuan admin…
saya dan isteri pun ada praktikkan kaedah ini. Memang berkesan..tapi kena displin yang betul-betul hebat…nasib baik isteri saya yg simpankan semua sampul tu kat tempat rahsia..payah suami nak korek.
nak tanya, apa kelainan sistem sampul ini yg agak berlainan dari yg biasa org buat yer?klu ada kelainan skit, rasa cam nak join
As salam. Saya sangat berminat untuk mengikuti kursus seumpama ini. Mohon pihak Sk maklumkan jika ada lagi kelak. terima kasih pada Tuan SK yang telah membuka minda saya ke arah pengurusan kewangan yang baik. Hidup Tenang Walaupun Berhutang jadi rujukan rasmi saya sejak Pesta Buku yang lepas.