Skip to main content

Di atas ibu bapa yang menghantar sms dan telefon menanyakan berkenaan dengan doa yang dibaca oleh Shamsuddin Kadir sewaktu program Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Anak-Anak, bersama ini disertakan:

Doa pertama :

” Ya Allah ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, Ilham para Malaikat yang hampir denganMu, wahai Allah yang maha pembuka dan lagi maha Tahu, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana. Ya Allah perkenankanlah doa kami ini (Amin.)

Doa Kedua :

“Ya Allah, jika rezeki kami di langit, turunkanlah ia, jika rezeki kami di bumi, keluarkanlah ia, jika rezeki kami sedikit, perbanyakkanlah, jika rezeki kami banyak, berkatilah, jika rezeki kami haram, sucikanlah, berkat dengan waktu Dhuha Mu ini ya Allah, perkenankan doa kami ini. Amin.

Doa Ketiga:

“Ya Allah biarkanlah kami nampak diri kami kecil sahaja, tetapi orang lain nampak kami besar”

Ketiga-tiga doa ini antara doa yang membantu kita bagi mengawal apa yang kita tidak boleh kawal.

Shamsudidn Kadir

Kuala Lumpur

Leave a Reply