Cik Puan Adawiah (bukan nama sebenar) menulis:
Salam
Saya seorang fresh grad, baru sebulan bekerja dan ingin membeli kereta bagi memudahkan pergi kerja.
Jadi, saya ingin mendapatkan nasihat daripada SK mengenai perbelanjaan yang patut saya lakukan.
Bagaimana saya dapat menggunakan khidmat runding beliau?
Boleh call atau ada emel saja? Adakah perlu bayar sebarang fee?
—————————————————
Waalaikummusalam cik puan,
Saya doakan supaya cik puan sentiasa dilimpahi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Amin.
Bagi memulakan hidup yang ceria, gembira, bahagia dan bebas bebanan hutang yang tidak perlu, mulakan dengan membeli kereta terpakai, sebaiknya kereta yang sudah 4 ataupun 5 tahun sudah digunakan oleh orang lain. Cadangan kereta harga yang tidak lebih dari RM 40,000. Semakin rendah harga yang dibeli semakin bagus. Harga sekitar RM 25,000 adalah yang ideal.
Ambil pinjaman tidak lebih dari 5 tahun. Tidak perlu ditambar dengan aksesori yang tidak menjimatkan minyak ataupun yang tidak mengurangkan kos kita. Sebelum beli boleh buat solat hajat ataupun membaca doa seperti ini “Ya Allah aku tidak tahu apa-apa, maka bantulah aku”
Beli kereta baru TIDAK DISOKONG, banyak risiko menanti kita, termasuk rugi harian yang teramat tinggi.
Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.
Wallahualam
Shamsuddin Kadir
Sehingga hari ini, Shamsuddin Kadir masih memandu kereta yang sudah berusia lebih dari 10 tahun.
Konsultan boleh diperolehi sama ada melalui telefon ataupun datang ke pejabat, caj bayaran adalah di atas kemampuan dan keikhlasan cik puan. Mohon rujuk kepada artikel berkenaan dengan konsultan.
Salam Saudara SK,
Terima kasih atas jawapan diberikan. Saya sudah habis membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Banyak yang saya dapat pelajari daripada buku ini. Alhamdulillah setakat ini saya hanya berhutang PTPTN dan dengan bank untuk kereta kancil yang baru dibeli.
Di sini, saya ada beberapa soalan untuk bertanya.
Saya teringin mengetahui lebih lanjut mengenai Bab 9 buku ini, melabur bagi bekalan persaraan. Bagaimanakah untuk mengetahui pelaburan2 yang ada di sekeliling kita dan memilih mana satu yang tepat?
Perlukah pergi ke setiap bank dan bertanyakan pelaburan islamik yang mereka ada?
Sekiranya saya ingin melabur di Tabung Haji untuk tujuan mengerjakan haji, perlukah saya mempunyai akaun pelaburan yang lain juga untuk tujuan pelaburan saja seperti yang dilakukan Arif pada muka surat 157?
Apakah perbezaan akaun simpanan, akaun semasa dan akaun tetap?
Baru-baru ini, saya bersembang dengan orang bawahan saya(dia technician, saya engineer) tentang majlis perkahwinannya yang baru berlangsung. Katanya dia telah menghabiskan duit simpanannya yang dikumpul sekian lama sebanyak RM47 ribu bagi majlis tersebut. Dalam hati saya terdetik ia satu pembaziran yang amat sangat. Jadi, besarlah harapan saya agar cita-cita Saudara SK untuk menyiapkan buku cashflow untuk pengantin itu menjadi kenyataan dan semoga dapatlah saya memilikinya nanti.
Salam SK.
saya merupakan graduan baru bekerja(berumur 21 pada 2012) selama 6 bulan di syarikat A yg mnwarkan gaji rm1500 dan elaun transport 150)
dalam tempoh 6 bulan ni saya telah membuat pnjaman asb 100k yg memerlukan saya membayar 600 sebulan(start bayar 1/11/12)..
apa yg mnjdi msalah disini..
saya telah menerima twaran kerja di syarikat B(start kerja 2/1/13) yg mnwarkan rm1800 dan elauan transport 900..
syarat untuk mndapat elaun transport rm900 mesti mempunyai kereta dan daftar atas nama sendiri serta ulang alik ke tempat kerja dgn kereta. Bagi motor elaunnya rm160 dan mempunyai syarat yg sama.
Saya dilema dalam membeli kereta dan merancang untuk membeli rumah pada tahun 2014..Hutang yang saya ada skrang nie (Asb Loan rm600, pinjaman Ptptn Dan KPT rm300)
Jadi, saya ingin mendapatkan nasihat daripada SK mengenai perbelanjaan yang patut saya lakukan.