Cuan Siti nooraisah Binti Manap menulis,
Selamat sejahtera kepada Tuan Shamsuddin, keluarga dan rakan sekerja. Mohon
bertanya, bagaimana cara-cara pembelian rumah lelong? Apakah kebaikan dan keburukannya untuk jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang?
Apakah syarat-syarat atau kelayakan yang diperlukan?
Sekian, terima kasih.
_________________________________
Insyaa Allah, Tuan Shamsuddin Kadir akan memberikan informasi berkenaan dengan persoalan ini dalam masa terdekat di blog ini.
Nor Aini Mohamed
__________________________________________________________________________________________________
Langkah untuk kita membeli rumah lelong, adalah yang pertama biasakan diri menghadiri majlis lelong rumah seperti yang diiklankan dalam flyer yang dihantar ke peti surat rumah kita, ataupun iklan yang dipaparkan di dalam akbar dan juga di bank. Di situ kita dapat mempelajari selok belok proses lelongan berlangsung dan juga proses pembelian.
Secara asasnya, kita perlu menyediakan 5% bank draf berdasarkan harga ‘reserve price’ seperti yang diklankan, jika kita menjadi pelelong tertinggi, maka kita membuat penempah serius dengan memberikan bank draft tersebut ke pihak yang melelong tersebut. Dalam tempoh tertentu kita perlu menjelaskan bayaran baki keseluruhan harga yang kita tawarkan itu. Masanya cukup bagi kita memohon pinjaman bank.
Apabila disebut rumah lelong,
- Ianya bagus dibeli jika rumah itu dilelong disebabkan pemilik yang mempunyai masalah kewangan.
- Ianya tidak bagus dibeli jika rumah itu dilelong kerana tidak dapat dijual ataupun disewakan oleh pemiliknya.
Assalamualaikum.. sekadar berkongsi peluang jika diizinkan Tuan SK.. Puan Siti nooraisah Binti Manap boleh melayari laman web ini iaitu http://www.rahsiarumahlelong.com (e-book ini ditulis oleh Peguam Hartanah)untuk ilmu tambahan selain rujukan daripada Tuan SK (Pakar Hartanah & Perancangan Kewangan Islam). Terima kasih.