Maafkan saya,
Assalamualaikum dan salam ceria buat Tuan dan Puan yang amat dirindui, Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah dan dilimpahi dengan rasa ceria dan seronok sepanjang masa. Amin.
Saya cukup tertarik apabila membaca pada malam ini, apabila terbaca berkenaan dengan Bank Emosi, apabila diselidiki rupa-rupanya kursus Komunikasi Kecantikan Sosial yang dijayakan oleh SK Training sudah memiliki apa yang dipanggil Bank Emosi.
Apabila disebut akaun bank, kita deposit wang ke dalam akaun tersebut, dan mengeluarkannya apabila perlu. Akaun Bank Emosi menggambarkan jumlah kepercayaan dan keyakinan yang terkumpul dalam hubungan kita dengan seseorang.
Bagaimana kita menyimpan dalam akaun bank emosi orang lain?
Kita membuat deposit melalui hubungan yang baik, menjaga nama individu yang kita berkawan itu, menghormati individu tersebut termasuk memuji mereka di atas kebaikan yang dilakukan oleh orang tersebut.
Apabila akaun Bank Emosi yang kita buka pada seseorang itu sudah meningkat nilainya, maka hubungan kita dengan individu tersebut menjadi mudah, beliau akan mudah membantu kita jika kita memerlukannya.
Dalam islam ianya dipanggil Silaturrahim. Allah telah menjanjikan, orang yang menyambung ataupun berbuat kebaikan kepada individu lain, kita dapat dua kebaikan. Panjang umur dan rezeki yang tidak putus.
Menanyakan khabar dan mendoakan untuk individu tersebut antara cara yang kita dapat menambah deposit dalam akaun bank emosi individu tersebut.
Bersesuaian dengan kata-kata ini’ “Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai orang lain seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”
Shamsuddin Kadir
Kuala Lumpur
alhamdulillah…di samping kita mengecapi nikmat yg Allah kurniakan di muka bumi,tuan masih lg mengingatkan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan kiasan akaun bank kpd akaun emosi..iaitu mengeratkan silaturrahim sesama kita saudara Islam..terima kasih..