Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sepupu-sepupu yang dimuliakan Allah dan dikasihi nabi,
Topik kita pada hari ini adalah berkenaan satu kumpulan individu yang berfahaman ‘Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan’.
Mengikut kajian individu yang dapat semua A di dalam peperiksaan, mereka adalah individu yang mempunyai kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Selagi mana mereka masuk dewan peperiksaan, selagi itu mereka akan mendapat A.
Apabila mereka tamat belajar dan mula bekerja sebagai akauntan, jurutera, peguam, mereka akan menjadi staf yang biasa-biasa sahaja.
Skor A Di luar Dewan Peperiksaan adalah ciri-ciri yang menepati kajian yang di buat di mana orang yang berjaya adalah subjek yang mereka suka mereka dapat cemerlang, subjek yang mereka tidak suka mereka lulus ataupun gagal.
Skor A Di Luar Peperiksaan mengajar anak-anak mereka supaya mengajar anak orang lain supaya sama-sama berjaya.
Apabila kita mengajar anak kita supaya mendapat nombor 1 di sekolah, kita mengajar anak kita supaya menjatuhkan anak orang lain. Kerana nombor 1 hanya ada satu sahaja. Anak-anak menjadi susah untuk mengajar kawan-kawan mereka, takut nanti peluang mendapat nombor 1 tipis.
Selama 50 tahun Malaysia merdeka, belum ada individu yang mendapat semua A yang menjadi Perdana Menteri.
Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan merupakan buku yang sedang ditulis oleh Shamsuddin Kadir dan tim.
Apabila kita menghantar anak ke tempat tuisyen, anak kita perlu belajar 2 kali baru faham. Pertama belajar 2 + 1 = 3 di sekolah, selepas itu belajar di tempat tuisyen 2 + 1 = 3.
Seperti yang dimaklumkan topik di atas adalah berkenaan dengan kumpulan individu yang berfahaman ‘Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan’
siap belum buku Skor A Luar Dewan..saya sgt berminat..kalau siap,blh maklumkan..