Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera
Tuan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,
Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih amin.
Sepupu-sepupu yang dimuliakan, bicara kita pada kali ini adalah berkenaan dengan perbelanjaan menghiasi ruang dalam rumah.
Apabila kita mengisi rumah kita yang kosong itu dengan segala hiasan yang kita beli sama ada dari luar negara ataupun dari segenap pelusok Malaysia yang kita jejaki, semakin lama rumah itu menjadi bertambah padat.
Kehidupan kita di dalam rumah itu menjadi semakin sesak, untuk bernyawa sekalipun bukan sahaja kita yang merasa lemas, tetamu kita sudah tidak senang duduk.
Rumah kita itu umpama sinki dapur, semakin di isi semakin penuh. Apabila sinki itu penuh ianya sudah tidak dapat memberikan kemudahan kepada kita lagi. Sinki adalah perlu dalam keadaan kosong dan hanya diisi dengan pinggan, gelas untuk dicuci, dan selepas itu sinki itu kosong semula.
Apabila ruang rumah kita tambah dengan aksesori yang dibeli sama ada secara tunai ataupun hutang, ianya membuatkan hidup kita juga menjadi semakin sempit.
Antara aktiviti yang menyebabkan kita mengisi rumah kita dengan aksesori yang berlebihan adalah melalui pembacaan majalah-majalah yang sebahagian majalah adalah mengalakkan kita memenuhkan ruangan dalam rumah dengan aksesori.
Duit habis dan hidup menjadi sempit.
Halaman www.ShamsuddinKadir.com tidak menyarankan pembacaaan majalah-majalah yang memaparkan ‘kecantikan hiasan dalaman’ yang tidak memenuhi :
1. Perbelanjaan berhemah
2. Kesan Psikologi Tuan rumah dan tetamu
3. Dan yang tidak menepati dengan konsep hidup sementara di dunia ini
Kita gunakan hujung minggu ini untuk mengeluarkan barangan ataupun aksesori yang menyempitkan lagi ruang dalam rumah kita yang tidak ada nilai dari segi kerohanian ataupun untuk poket kita.
Shamsuddin Kadir
Salam. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini.