Assalamualaikum sepupu-sepupu yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,
Ya Allah sesungguhnya kami tidak tahu apa-apa, maka bantulah kami. Amin.
Seorang sifu saya bertaraf ustaz yang saya amat kasihi dan hormati, sentiasa memberi informasi berkenaan dengan keperluan hidup.
Allah menciptakan kita supaya kita beribadah kepadaNya.
Apabila disebut zikir, ataupun satu dari pengertian adalah mengingati Allah dengan sepenuh jiwa.
Apabila dalam kehidupan kita seharian, kita dikatakan sedang mengingati Allah iaitu ‘berzikir’ apabila kita melakukan sesuatu seperti di bawah.
1. Bangun pagi dengan mengucapkan rasa syukur kepada Allah yang terus menghidupkan kita lagi.
2. Sembahyang solat Subuh
3. Bersarapan dengan memulakan bacaan bismilah…
4. Membeli makanan yang ada halal ataupun tanda halal yang sah.
5. Membeli barangan keperluan di kedai kepunyaan Muslim kerana turut perintah Allah untuk Fardhu Kifayah.
6. Beli kereta dengan jurujual muslim supaya sebahagian dari pendapatan jurujual dapat dikeluarkan zakat dan juga kerana Fardhu Kifayah kita membeli dari beliau.
7. Hantar kereta servis di workshop kepunyaan Muslim memenuhi arahan Allah Fardhu Kifayah.
8. Beli rumah ambil pinjaman yang Islamik – menurut perintah Allah
9. Beli rumah ambil pinjaman di bank yang dikuasi Muslim – Fardhu Kifayah
10. Memberi salam dengan orang asing yang kita jumpa – sunnah nabi
11. Berpakaian yang menutup aurat – turut perintah Allah
12. Bercakap berkenaan perkara yang Allah redha – turut perintah Allah
13. Membaca buku-buku yang dapat mengingatkan kita kepada kebesaran Allah – turut perintah Allah
14. Mengisi minyak di stesyen minyak yang dikuasai oleh Muslim -Fardhu Kifayah
15. Membeli keperluan rumah di kedai runcit kepunyaan orang Muslim – Fardhu Kifayah
16. Membantu orang lain berjaya – Sunnah nabi
17. Parking kereta tanpa menyusahkan jiran yang ingin menggunakan parking disebelah. Jiran di sini tidak semestinya di kawasan perumahan tetapi juga di pasaraya, pejabat ataupun di bandar.
18. Membeli handphone yang memenuhi keperluan sahaja.
19. Menghantar anak ke tadika yang dikuasai Muslim supaya didik mengikut acuan Allah – Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain
20. Tidak mengambil pinjaman ataupun membuat perlaburan yang jijik (RIBA) dan sebagainya.
21. Membeli gula-gula untuk anak-anak yang ada tanda halal jakim yang jelas.
22. Memakan makanan di restoran ataupun gerai yang disediakan oleh orang Muslim ataupun kepunyaan Orang Muslim.
23. Membaca blog yang memberi kita kemahiran yang halal sepanjang berteduh di bumi yang sementara ini.
24. Menonton rancangan yang bermanfaat seperti Tanyalah Ustaz di TV9 pada jam 7 pagi. Mendengar tazkirah di corong-corong Radio dan juga di surau ataupun Masjid.
25. dan lain-lain.
Apabila di lihat kepada senarai di atas, kita mungkin terkejut, kerana itulah kehidupan kita sebenarnya. Kenapa kita melakukan perkara-perkara seperti di atas? Kita melakukannya kerana dalam hati kita sentiasa ingin melakukan apa yang diredhai Allah. Kita sebenarnya sedang berzikir pada setiap masa.
Contoh mudah, apabila kita hendak makan, terdetik di hati kita mana kedai orang Muslim – Kenapa kita hendak makan di kedai orang Muslim, kerana kita hendak pastikan kita taat kepada peraturan Allah. Ketika itu kita sedang berzikir (mengingati Allah).
Ustaz saya yang selalu menasihatkan saya, secara puratanya memakan makanan yang dimasak oleh individu yang sembahyang 5 kali sehari tanpa ada yang tertinggal. Individu yang menjadi tukang masaknya adalah orang yang mendirikan solat tahajud boleh dikatakan setiap malam.
Secara kesimpulan, tahniah Tuan dan Puan di atas zikir-zikir yang Tuan dan Puan lakukan dalam kehidupan harian termasuk menghantarkan emel yang dilengkapi dengan doa kepada Shamsuddin Kadir juga.
Teruskan usaha Tuan dan Puan itu sehingga ke akhir hayat.
Akhir kata, Tahniah, Tahniah, Tahniah. Istiqamah Tuan dan Puan itu membuatkan Shamsuddin Kadir ingin turut serta di belakang Tuan dan Puan dalam mengingati Allah.
Ampun dan maaf di atas setiap kelemahan Shamsuddin Kadir
Dari sepupu
Shamsuddin Kadir
SANGAT BAGUS ARTIKEL INI..SAYA RASA SANGAT TERUJA SEKALI..TAHNIAH TUAN SEMUGA KITA UMAT ISLAM DAPAT MENGAMALKAN NYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.INSYAALLAH.
TUAN..BOLEH TANYA SATU SOALAN KE..? BERBALOI KE SAYA NK BUAT PEMBIAYAAN ISLAMIK B.RAKYAT RM 70000 KADAR KEUNTUNGAN +- 4-5% SETAHUN DAN SAYA LABURKAN KEDALAM KOPERASI FELDA DGN DIVIDEN MELEBIHI 10% SETAHUN DALAM TEMPOH 10 TAHUN..OK KE TIDAK, TOLONG BERI PRO DAN KONTRANYA..TQ TUAN.