Apabila kita mengikuti ceramah, kita sebenarnya mendapat kesedaran dan bukannya kemahiran. Terdapat perbezaan yang jelas antara ceramah dan latihan. Ceramah membantu kita mendapat kesedaran tentang sesuatu yang baru ataupun yang lama tetapi diberi nafas baru.
Manakala latiahn membantu ktia membina kemahiran baru ataupun meningkatkan kualiti kemahiran lama yang kita ada.
Bagaimana kita dapat mengenal pasti sama ada sesebuah kursus itu adalah ceramah ataupun latihan adalah melalui perkara seperti di bawah:
1. Bilangan peserta yang menghadirinya
2. Siapa yang bercakap paling banyak
Bilangan peserta untuk sesebuah latihan yang membina adalah tidak melebihi 30 orang. Walau bagaimanapun ada juga latihan yang dijayakan sehingga 40 orang peserta.
Bilangan peserta untuk sesebuah ceramah adalah melebihi dari 40 orang. 100 – 1000 orang adalah bilangan peserta yang biasa kita dapat lihat dalam sesebuah ceramah yang memberikan kesedaran.
Di dalam setiap latihan biasanya Jurulatih yang merupakan seorang Trainer Professional bercakap sekitar 10 – 20 minit sahaja bagi setiap 2 jam.
Manakala penceramah akan bercakap sekitar 1 Jam 50 minit dan memberikan 10 minit untuk peserta bertanya.
Ketika ini banyak individu tidak jelas berkenaan dengan tajuk untuk latihan dan tajuk untuk ceramah. Kursus adalah untuk latihan, manakala ceramah adalah untuk ceramah @ seminar.
Penceramah adalah untuk ceramah manakala, trainer @ jurulatih untuk latihan @ training.
Bagi mendapatkan kesedaran, kita boleh mengikuti ceramah, apabila kita ingin membina kemahiran baru, hadiri kursus @ training.
Ultra Mind Resources
Salam Tuan.
Very good info..TQ so much
-PG
pgcare.blogspot.com