Skip to main content

Apabila kita lahir, kita dapati kita sudah berada di dalam sebuah keretapi dan kita hidup dalam salah satuย  bilik yang terdapat dalam gerabak yang ada kamar. Dari hari ke hari, kita berusaha bagi mencantiknya kamar kita itu, kita pasang langsir, sofa baru, Tv Plasma, DVD Player, pelbagai hiasan termasuk gambar Ijazah, gambar kahwin, setiap kali keretapi itu berhenti, kita akan tambahkan koleksi barang hidup kita termasuk kereta yang kita simpan di gerabak stor.

Kita beli jam tangan mencecah ribuan ringgit, walaupun waktu yang kita dapat tetap 24 jam. Kita beli Pen yang berharga ratusan dan ribuan ringgit, walaupun cek yang ditandatangani dengan pen Kilometrico (berharga 70 sen) diterima oleh bank.

Kita juga beli rumah yang berharga paling mahal yang bank dapat luluskan pinjaman kita, yang kita dapat tetap sebuah atap, lantai, bilik dan dinding.

Keretapi sedang berjalan, keretapi itu sedang menuju ke satu lagi dunia baru iaitu Taman Barzakh, apabila keretapi yang kita naiki itu (masa) itu sampai ke destinasinya, hanya kita sahaja yang turun ke destinasi dan keretapi itu berpatah balik ke dunia bersama dengan harta-harta kita. Kereta kita, rumah, pakaian, jam semuanya diambil dari kita. Penduduk dunia hanya hadiahkan kepada kita dengan kain putih yang tidak berjenama dan belum dijahit bagi dihiasi pada diri kita, lalu kita dimasukkan ke dalam tanah.

Keretapi yang memuatkan bilik kita dan harta dunia kita pulang dan segala kepunyaan kita dibahagikan sesama ahli keluarga kita sama ada secara adil ataupun tidak. Segala yang kita cari selama ini, semuanya untuk ditinggalkan.

Kita ditinggalkan di dunia kedua dan menaiki keretapi yang seterusnya, tetapi kali ini, kita tidak lagi dapat mengumpul harta, kerana ketika ini, sepanjang tempoh perjalanan di Alam Barzakh, kita hanya perlu mengeluarkan harta bagi membayar tol. Bagaimana untuk kita ingin membayar tol di Alam Barzakh, jika semua harta kita tinggalkan di dunia? Satu-satunya harta yang diterima dan dapat dibawa ke Alam Barzakh adalah ‘bekalan harta dalam bentuk pahala’.

Selepas menilai apa yang baik dan apa yang buruk,

Shamsuddin Kadir memilih untuk memandu sebuah kereta buatanย tempatanย yang telah berumur 10 tahun lebih.

Shamsuddin Kadir hanya memiliki sebuah televisyen biasa (TV Kotak)ย yang berharga RM 360 dan saiz 21 inci.

Shamsuddin Kadir hanya memiliki sofa yang berharga RM 799 di mana kusyennya boleh diganti.

Shamsuddin Kadir hanya memiliki sebuah jam yang berharga kurang RM 500, itupun dihadiahkan oleh seorang hamba Allah.

Shamsuddin Kadir hanya membeli dua kali handphone untuk kegunaan peribadi iaitu, kali pertama pada tahun 2000, iaitu NOKIA 3210. Kali kedua pada 2010 iaitu kerana untuk membawanya ke lokasi hutan yang berharga RM 156.

Shamsuddin Kadir memaklumkan sebahagian daripada koleksi harta yang SKย akan ditinggalkan sebagai bukti apa yang dicakap itu yang dibuat. Semoga Allah permudahkanย perjalanan ini. Amin.

8 Comments

  • ysurybadli says:

    salam Tuan SK.Itulah namanya ‘hamba’.Kita tidak mampu memiliki kerana Yang maha memiliki adalah ALLAH.Kita semua akan mati,yang KEKAL adalah ALLAH.Sepanjang kehidupan kita merasai sakit,ketawa,menangis,suka,duka,sedih dan bermacam-macam perasaan yang kadangkala menduga keimanan kita.Marilah kita sama-sama memperbaiki iman setiap hari dengan meningkatkan amalan dan bukan meningkatkan hutang yang akhirnya menjerat manusia dalam hidup yang penuh kepura-puraan…

  • Salam Tuan Yusry Badli,

    Saya mendoakan peringatan yang Tuan berikan ini sebati dalam hidup kita semua.

    Semalam saya sempat ke rumah Puan Ainon Mohd (sifu), di rumah beliau juga ada sebuah tv kotak 21 Inci dan jenamanya tidak pernah saya dengar kerana terlalu murah.

  • Assalamualaikum Tuan SK,

    Terima kasih atas tulisan yang bermanfaat ini. Membacanya membuat saya insaf.

    Mana milik kita – Rabbani

    Mana milik kita
    Tidak ada milik kita
    Semua yang ada
    Allah yang punya

    Tidak ada kita punya
    Kita hanya mengusahakan saja
    Apa yang kita dapat
    Allah sudah sediakannya

    Kita Allah punya
    Dunia ini ciptaan-Nya

    Miliklah apa saja
    Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

    Mana kita punya
    Tidak ada kepunyaan kita

    Kita hanya mengusahakan
    Apa yang telah ada

    Mengapa kita sombong
    Memiliki Allah punya

    Mengapa tidak malu
    Kepada Allah yang empunya

    Patut bersyukur kepada Allah
    Yang memberi segalanya

    Malulah kepada Allah
    Kerana milik Ia punya

    Janganlah berbangga
    Apa yang ada pada kita
    Kalau Allah tidak beri
    Kita tidak punya apa-apa

    Janganlah mengungkit
    Mengungkit jasa kita
    Jasa kita di sisi-Nya
    Yang sebenarnya Allah punya

    Marilah kita bersyukur
    Bukan berbangga

    Bersyukur kepada Allah
    Bukan mengungkit jasa

    Gunakanlah nikmat Allah itu
    Untuk khidmat kepada-Nya
    Selepas itu lupakan saja
    Agar tidak mengungkit-ungkitnya

  • MohdZulfadli says:

    Terima kasih tuan kerana tidak jemu-jemu mengingatkan perkara ‘remeh’ tetapi besar impaknya ini. Saya juga tidak mahu menumpuk-numpuk harta material yang kalau mahu dikumpul-kumpul, ia tidak akan selesai sampai bila-bila.

    Itu semua hanyalah bukti kejayaan yang palsu.

  • salam

    insaf baca artikel ni…

    bisnesku.com

  • Akmal says:

    Salam..Teruskan perjuangan Tuan!..Artikel ini membuktikan apa yang diperjuangkan Tuan, diamalkan Tuan dan Sekeluarga..Semoga seluruh rakyat Malaysia terutamanya Umat Islam mengamalkan hidup secara sederhana tetapi hebat dari segi sosial,ekonomi dan pegangan Agama..

  • jamal says:

    bersama ingat mengingati …alhamdulillah

  • Rais says:

    Satu bentuk analogi yang sangat menarik dan menginsafkan, insya Allah.

    Mentor saya pernah bercerita tentang “Manusia hidup dengan 4 orang isteri”. Ketika dia menemui ajal, isteri ke-4 telah pergi jauh sebelum dia meninggal. Isteri ke-3 hanya menghantarnya sehingga pagar rumah sahaja, tak sampai ke kubur. Isteri ke-2 hanya boleh menghantar sampai ke kubur. Hanya isterinya yang pertama sahaja yang paling setia dan ikut bersamanya ke dalam kubur.

    Isteri 1 adalah amalannya semasa hidup samada amal baik atau buruk
    Isteri 2 adalah ahli keluarga yang menyayanginya
    Isteri 3 adalah harta yang dikumpulkan semasa hidup. Itupun kalau ada. Kalau yang ditinggalkan adalah hutang, maka amalannya yang baik akan ditahan sehingga isterinya yang ke-2 menjelaskannya.
    Isteri 4 adalah keindahan rupa, kesihatan tubuh badan dan kecergasan fizikal.

Leave a Reply