Skip to main content

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana menelefon tuan dan meminta pandangan mengenai hal saya secara tergesa-gesa berkenaan refinancing menggunakan skim insuran atau takaful.

Terima kasih dengan pandangan tersebut sekurang-kurangnya saya dapat mempertahankan prinsip yang saya baru sedar iaitu hal berkaitan kewangan dicampuri riba.

Sebenarnya ilmu inilah yang saya pelajari dari buku tuan. Alhamdulillah syukur sangat sebab pihak bank merubah permintaan asal saya yang telah saya maklumkan pada peringkat awal lagi yang saya inginkan skim takaful iaitu MRTT (Morgage Reducing Term Takaful) ianya ditukar tanpa persetujuan saya serta dipujuk untuk meneruskan dengan skim konvensional. Jadi terima kasih sekali lagi.

Semoga ilmu tuan diberkati.

Yang benar
Puan Su

———————————-

Waalaikummusalam Puan Su,

Saya suka di atas doa Puan Su dan mendoakan supaya Puan Su kekal Istiqamah dalam memastikan setiap urusan kewangan sewaktu masih hidup ini bersih dari unsur RIBA dan haram.

Mengambil pembiayaan pembelian rumah, kereta mengunakan sistem konvensional (bukan Islam) sedikit sebanyak menghilangkan cahaya Islam yang Allah pinjamkan kepada kita. Tidak semua orang yang Allah pinjamkan cahaya itu, bapa saudara nabi yang menjaga, menyayangi nabi dan menghalang orang membunuhnya juga akhirnya mati tanpa mendapat nikmat Hidayah dari Allah.

Kita yang tidak pernah menjaga dan melindungi nabi, perlu membayar balik nikmat hidayah yang Allah pinjamkan kepada kita, supaya kita selama-lamanya kekal bertauhidkan kepada Allah yang satu.

Apabila kita membeli rumah dengan pinjaman konvensional dan kekal tidak mahu membuat pembiayaan semula ‘refinance’ kepada pembiayaan islamik, rumah itu dikategorikan sebagai rumah yang jijik dalam Islam. Anak-anak yang dihasilkan dalam rumah itu juga mempunyai peluang yang besar untuk terlibat dalam perkara yang jijik (Nauzubillah).

Seorang dari iman tersohor dunia waktu dahulu, mengigil apabila membaca ayat Al-Quran yang paling menakutkan iaitu ayat Al-Baqarah 277-278. Maksudnya lebih kurang begini ‘Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkanlah saki baki Riba jika kamu benar-benar beriman, jika kamu engkar maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasul’.

Yang pasti setiap individu yang hidup dengan melibatkan diri dengan Riba di dunia ini, akan berperang dengan Allah dan Rasul di akhirat nanti. Bagaimana Malaikat mencabut nyawa orang yang sudah mengistiharkan perang terhadap Allah dan Rasul? Semoga kita semua membuat pilihan untuk tidak menderhaka kepada Allah yang telah memilih menjadikan kita manusia dan bukannya haiwan.

Kita semak semula semua akaun kita, insurans kita, pinjaman kita, kad kredit kita, skim ansuran mudah kita, semua ini kita perlu pastikan semuanya adalah halal. Jika kita ragu-ragu, buka akaun dan ambil pinjaman di bank yang secara terang-terangan adalah bank yang ditubuh bagi mendapat keredhaan Allah seperti Bank Islam dan Bank Muamalat.

Apabila disebut perkataan kita, ianya termasuk saya dan tidak terkecuali walaupun seinci.

Leave a Reply