Setiap kali menyambut raya, pasti ada yang mengeluh dan selepas hari raya lebih ramai yang mengeluh. Antara perkara yang menyebabkan ianya berlaku adalah:
Kita berbelanja sekadar untuk memastikan tetamu yang datang ke rumah kita melihat kecantikan tersebut.
Sofa, langsir, meja makan, hiasan di dinding, bunga-bunga yang tergantung-gantung, tv baru 60 inci, kuih raya yang ekslusif dan banyak lagi.
Selepas habis raya, ada yang mula rasa sakit, kerana ansuran sudah mula kena bayar ataupun poket sudah kosong.
Tanpa perabot baru dan hiasan baru, kita masih dapat merayakan dengan penuh keberkatan. Tujuan raya adalah bagi mendapat keberkatan dari Allah, supaya ianya menjadi amalan kita di akhirat nanti.