Seorang sepupu saya, rakan dalam facebook menulis,
Mohamad Farizal Bin Hassim Alhamdullillah selesai juga membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang hasil hebat dari Tuan Shamsuddin Kadir. Buku yang wajib dibaca bagi insan yang berurusan dengan wang dan tidak mahu menjadi hamba hutang.
Tuan Farizal adalah seorang yang sangat berilmu dan pandai berkomunikasi, beliau pandai memilih perkataan untuk dilafazkan tanpa merendahkan orang lain. Saya kagum dengan ciri yang ada pada beliau, beruntung ibu yang melahirkan seorang anak yang semulia beliau.
Mengikut beliau, buku hidup Tenang Walaupun Berhutang, adalah buku yang keempat yang beliau baca berkenaan kewangan, tiga buku sebelum itu adalah dari 3 penulis yang berlainan. Di sini sudah menunjukkan beliau seorang yang amat dahagakan ilmu. Surah pertama yang diturunkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu kita adalah IQRA (BACALAH).
Shamsuddin Kadir
Assalamualaikum Tuan Shamsuddin.
Tuan terlalu memuji saya. Saya insan biasa yang amat memerlukan insan seperti Tuan untuk meminta tunjuk ajar. Buku Tuan memang memenuhi ciri-ciri buku kewangan yang hebat. Buku Tuan mengubah tanggapan saya bahawa orang yang tidak pernah mengalami sesuatu tidak patut menulis mengenainya.
Saya sedang memikir untuk menjadikan buku Tuan sebagai salah satu B.O.S dalam meningkatkan pendapatan bagi salah satu part-time saya 🙂
Waaalaikummusalam Tuan Farizal,
Saya memuji Tuan berdasarkan pilihan yang Tuan pilih untuk sentiasa meningkatkan kualiti hidup Tuan.
Bagus cadangan Tuan itu, semoga ianya sentiasa meningkatkan lagi kesenangan hidup Tuan.
Assalamaualaikum,
Tuan SK,
Saya telah membaca kesemua buku – buku tuan,cuma saya ternanti-nanti bilakah Tuan Rumah Jutawan akan muncul,kalau tak silap saya dalam tahun 2009 dulu.