Skip to main content

Insyaa-Allah, sebuah buku tulisan terbaru Shamsuddin Kadir akan terbit dalam pasaran pada bulan September 2010 nanti. Ianya berkenaan dengan pengantin.

Pengurusan kewangan untuk bakal pengantin, sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

Apa yang Tuan dan Puan rasakan perlu ada dalam buku tersebut?

Apakah cadangan, pandangan dan pengalaman Tuan dan Puan yang ingin dikongsi bersama, jika ianya sesuai, ianya akan dibicarakan dalam buku yang bakal terbit itu.

Boleh diberikan pandangan disini ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com

Shamsuddin Kadir

5 Comments

  • Ridhwan says:

    Salam tuan yg dimuliakan allah.. saya sangat tertarik mengenai buku kewangan pengantin… saya melihat buku ini sangat penting bagi pasangan-pasangan yang ingin melansungkan perkahwinan supaya mereka mendapat panduan yang betul daripada tuan.

    Dulu saya bercadang nak buat ebook prosedur perkahwinan negeri johor. tapi apabila pihak jabatan agama johor meyatakan bahawa mereka akan mengubah daripada sistem borang kepada sistem komputer. tergendala projeks tu.. hehehehe…

    tuan blanja untuk proses perkahwinan memang banyak sekarang ni… saya kira – kira lebih kurang rm 1k yang paling minima untuk proses perkahwinan . cth.. kursus kawen rm 120.00*2 = 240.00

    upah nikah RM 150.00 saksi akad rm 50 = rm 200.00

    maskahwin rm 22.50 johor

    borang-borang perkahwinan . rm 50 keseluruhan.

    sekali kena masuk mahkamah atas sebab-sebab tertentu.. cth.. wali hakim , atau poligami hehehe .. da rm 500 kena stanby untuk peguam syarie..

    itu baru uruskan nikah.. blom mak andamnya.. katering nye,… waduh… lepas tu kena stanby rumah.. adoi memang pening tuan.

    tn sekali dah kluar modal banyak2 tak bahagia pulak… setahun kawen .. dah nak berpisah.. aduhhh… cam ne tuh…

  • Tuan Ridhwan,

    Mungkin kita boleh bekerjasama untuk beberapa perkara.

    Mohon Tuan emelkan kepada saya nombor telefon Tuan ke info@shamsuddinkadir.com

    Adakah Tuan sepupu saya dan antara yang terhebat yang hadir kursus Berhijrah di Kluang, Johor sebelum ini?

    Nama Tuan sama dengan sepupu saya yang banyak menghadiri kursus dan pernah mengendalikan bisnes Aiskrim di Johor.

  • cik cloudy says:

    salam tuan,

    saya menunggu akan kemunculan buku tersebut, boleh saya jadikan panduan, insyaAllah..

  • Salam Cik Puan Cloudy,

    Insyaa-Allah penyiapakan akan disegerakan. Terima kasih di atas sokongan yang berterusan.

  • Ridhwan says:

    salam tuan.. terima kasih kerana mmengingati saya tuan.. tak sangka pula tuan begitu ingat kepada saya walaupun baru dua kali kita bertemu lagipun, lama sudah saya mengikuti kursus tuan.. saya amat berbesar hati tuan.. .. saya masih teruja dengan keilmuan yang tuan miliki dalam bidang kewangan kerana ianya tidak lari daripada alquran dan sunah.. tuan menekankan konsep tabarruk… membersihkan harta .. konsep tabarruk ini saya mendapat pencerahan daripada sahabat saya bernama suhaimi muridan .. juga seorang guru jqaf lepasan al azhar yang cukup bijak.. sekarang mengambil master di uitm johor.. ( mentor saya walaupun dia tak tahu )

    mengenai terhebat

    “semoga allah menjadikan saya dan tuan menjadi lebih terhebat hebat daripada yang mereka sangkakan ”
    itu adalah doa menerima pujian tuan… doa yang diberi oleh sepupu saya ustaz muhaizan husien guru jqaf lepasan al azhar yang tak saya hormati keilmuannya agamanya. ( mentor saya juga )

    pasal buku tu… isyallah tuan.. saya tak boleh janji sangat sebab banyak kometmen yang perlu dipenuhi… tula.. bila ada masa lapang teringin nak sibuk.. bila dah sibuk teringan nak lapang… ok la tuan… saya akan menyokong buku kewangan perkahwinan tuan..

Leave a Reply