Skip to main content

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi oleh Nabi,

Pihak Ultra Mind akan menjayakan lagi kursus Berhijrah Menjadi Usahawan bagi individu yang ingin memulakan kerjaya baru dalam hidup iaitu menjadi usahawan. Kursus ini adalah untuk individu seperti di bawah :

  • Tiada kemahiran berniaga dan bercita-cita menjadi seorang usahawan
  • Ibubapa terdiri dari individu yang bekerja (makan gaji) – tiada kemahiran berniaga dapat diwarisi
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita untuk berhijrah menjadi usahawan sepenuh masa nanti
  • Tidak ingin tangan terbakar, di mana duit yang dilaburkan hangus
  • Ingin mempelajari asas penting dalam perniagaan mengikut ‘pemikiran orang bisnes’ dan bukannya pemikiran orang makan gaji’
  • Ingin mempelajari patang larang apabila memasuki dunia bisnes
  • Bermula dengan apa yang ada di tangan (tidak perlu meminjam)
  • dan banyak lagi…

Harga perlaburan adalah RM 160 sahaja, tarikh kursus  pada hari Sabtu, 5 Jun 2010. Dari Jam 9 Pagi sehingga 4.30 petang. Di 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur.

 TEMPAT TERHAD HANYA 8 PESERTA PERTAMA YANG MENDAFTAR SAHAJA.

Seorang dari  peserta kursus terdahulu Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan telah membuka bisnes www.sitikhadijah.com yang sudah menjadi telekung yang paling kreatif dan inovasi di Malaysia dan sedang menjelajahi seluroh pelusok dunia.

Emelkan nama, nombor telefon dan alamat ke info@sk.my, dengan subjek : Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan.

“Bermula Dengan Apa Yang Ada Di Tangan”

————————————————————————

Kursus Usahawan Super adalah untuk individu :

  • Sudah memulakan bisnes tetapi ingin menambahkan kemahiran
  • Sudah beberapa membuat bisnes semuanya tidak menjadi
  • Bisnes sekarang di hujung tanduk, bila-bila masa boleh bankrup
  • Yang sedang makan gaji dan ingin menambahkan kemahiran sebelum menceburi bidang bisnes

Jumlah Perlaburan RM 160, tarikh belum ditentukan, Kepada yang berminat, boleh menghantar emel ke info@sk.my dengan tajuk Kursus Usahawan Super, berikan maklumat nama, nombor telefon dan status pekerjaan sekarang. Insyaa-Allah kami akan maklumkan apabila tarikhnya sudah ditetapkan.

Kelebihan kedua-dua kursus di atas adalah, hanya akan dihadiri maksimum 8 orang sahaja, bagi setiap kursus. Ini bagi memastikan setiap peserta mendapat manfaat sepenuhnya bagi melibatkan diri dalam latihan yang diberikan. Peluang untuk peserta bertanya bagi memastikan mereka jelas dengan setiap isu dan kemahiran adalah tinggi.

Hanya 8 peserta pertama yang mendaftar dan membuat pembayaran mendapat tempat untuk kursus pada tarikh tersebut.

‘Bermula dengan apa yang ada di tangan’

 

5 Comments

  • Norsita Abdul Hadi says:

    Salam,

    Saya berninat untuk mendalami ilmu niaga yang sangat saya gemari. Ingin menempah tempat di workshop ini.

    Iklas,
    Norsita

  • Salam,

    Cik Puan Norsita boleh menghantar emel ke info@sk.my, dengan menyatakan nama, nombor telefon dan tuliskan tajuk emel ” Kursus berhijrah Menjadi Usahawan”.

    Tempat duduk hanya tinggal untuk beberapa peserta lagi, kerana kursus ini terhad kepada 8 orang peserta sahaja.

  • noor says:

    Assalamualaikum Tuan SK,

    Saya berminat untuk membuka perniagaan melalui internet. Tapi saya tidak tahu bagaimana nak
    buat blog atau website untuk perniagaan saya. Memandangkan Tuan sudah punya ramai pengikut,
    mungkin Tuan boleh berikan contact salah seorang peserta yg pandai IT supaya saya boleh hubungi mereka dengan terus. Terima kasih diatas pertolongan Tuan SK.

  • Waalaikummusalam Cik Puan Noor,

    Cik Puan boleh cuba mendapat pandangan dari sahabat baik saya iaitu Tuan Zamri Mohamad, alamat emel dia info@zamrimohamad.com

  • Team Siti Khadijah likes this!

Leave a Reply