Skip to main content

Kawan-kawan yang tidak memiliki barah kewangan secara tidak langsung akan mempengaruhi kita di dalam beberapa aspek pengurusan hutang. Antara faedah yang akan kita perolehi adalah sentiasa ceria dan gembira dengan wajah-wajah mereka yang memiliki pengurusan hutang yang baik dan nafsu kepada memiliki peralatan yang tidak perlu menjadi mati kerana pengaruh kawan-kawan yang tidak mudah terpengaruh dengan majalah-majalah aksesori kereta dan aksesori perhiasan wanita.

Malah jika kawan tersebut lebih baik lagi, kita akan terpengaruh dengan mereka yang suka menghabiskan duit mereka dengan menyedekahkan wang mereka untuk orang yang tidak cukup makan minumnya dan tidak cukup pakaiannya. Seperti mana seorang wanita yang sekarang menanggung 20 buah rumah anak yatim dan tahfiz dengan menggunakan sebahagian keuntungan perniagaannya bagi menambah saham akhiratnya. Secara tak langsung nafsu kita menjadi mati dan tidak akan menjadi buas seperti orang yang merasakan dirinya murah dan menggunakan kebanyakan wangnya untuk menghiasi dirinya dengan simbol-simbol kemewahan.

P/S: Pendaftaran Bengkel Mengurus Wang 29 Mei 2010 sudah pun penuh. Peserta kali ini terdiri dari latar belakang usahawan, industri pendidikan, industri pembuatan dan industri perubatan. Bagi Tuan dan Puan yang belum sempat mendaftar mohon daftar di Bengkel Bebas Hutang pada 26 Jun 2010 dengan kadar RM50.

Leave a Reply