Skip to main content

Semua orang ingin menikmati hidup yang tenang dan gembira. Apabila kita mengimpikan suatu kejayaan dalam hidup kita, antara perkara yang kita boleh lakukan adalah menetapkan apa yang kita inginkan.

Perkara menarik yang membuatkan kita ceria dan tenang adalah menghadkan jumlah bebanan yang kita perlu pikul.

Persoalan yang kita boleh tanya diri kita sendiri, berapa lama kita ingin hidup membayar ansuran kereta dalam hidup kita, ketika ada individu lain yang memiliki kereta dan tidak lagi membayar ansuran kereta dalam hidup mereka.

Berapa lama kita ingin mengeluarkan duit setiap bulan mengunakan duit gaji ataupun pendapatan bisnes kita bagi membayar ansuran rumah yang kita duduki itu?

Berapa lama kita hendak menangung hutang kad kredit akibat berbelanja di pasaraya dan memenuhi keperluan hiasan dalam dunia kita.

Antara cara bagus untuk kita membebaskan diri kita dari impian yang membebankan adalah dengan banyak membaca buku-buku yang berdasarkan kajian dan juga berkawan dengan orang yang lebih lama hidup berbanding kita. Pengalaman mereka sungguh banyak dan dapat menjimatkan masa dan duit kita.

Leave a Reply