Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Antara kaedah terbaik bagi kita menguruskan kewangan dan juga kebahagian keluarga adalah dengan mengetahui status kewangan kita. Apabila kita meneruskan hidup tanpa membuat ujian kewangan diri, kita tidak tahu sama ada kesihatan kewangan kita itu berada di tahap mana. Apabila kita membuat ujian kewangan diri, kita dapat tahu di tahap mana kita berada, sama ada, tenat, separuh sedar, separuh mati, cedera ringan, biasa, selamat ataupun amat selamat.
Sehingga hari ini, lebih dari 95% individu yang pernah mengikut kursus Bijak Mengurus Wang yang dijayakan di organisasi korporat, mereka semuanya membelanjakan duit lebih dari apa yang mereka perolehi pada setiap bulan. Ini menyebabkan status kewangan diri mereka dalam keadaan parah. Apabila mereka membuat ‘check up’, mereka mendapati mereka menangung bebanan hutang dan belanja yang tidak sepatutnya. Ini membantu mereka membebaskannya.
Ada seorang kakitangan kerajaan di Putrajaya, hanya menyedari yang beliau menangung hutang kritikal selepas mengikuti kemahiran Bijak Menguru Wang dan dalam masa 6 bulan beliau dapat membebaskan hutang kritikal itu dan selepas 2 tahun beliau sudah mampu memiliki beberapa buah rumah dan limpahan duit simpanan.
Pihak ShamsuddinKadir.com akan menganjurkan bengkel mengurus wang pada hari Sabtu 29 Mei 2010 di Learning Station, Wangsa Melawati untuk 8 orang sahaja dengan yuran hanya RM 50 sahaja.
Bengkel mengurus wang (bmw) ini sesuai dihadiri oleh kita, jika ketika ini kita ada :
- mengambil pinjaman peribadi,
- menangung ansuran kereta,
- membayar ansuran rumah
- membayar ansuran ‘skim ansuran mudah’
- terlibat dengan ‘skim-skim untuk cepat kaya’
- menangung hutang kad kredit
- Duit setiap bulan habis
- Duit tidak cukup untuk bayar keperluan kos sara hidup
- mengambil perlindungan insurans ataupun (takaful-islamik Insurans)
Ianya juga untuk setiap individu yang tidak mahu menangung hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin.
Bengkel bermula pada pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Masih ada beberapa kekosongan. Untuk mendaftar emelkan ke info@sk.my, apabila mendapat pengesahan dari kami, pembayaran boleh dilakukan ke akaun Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir. Emelkan bukti pembayaran ke info@sk.my ataupun fakskan ke 03 4142 5300.
Assalamualaikum,
saya sangat berminat utk menghadiri kursus ini. Tarikh2 sebelum ini yang saya available- saya pulak dah miss maklumat tersebut. Bila tarikh baru dipaparkan- saya pulak tak available. Hope sangat pada pihak pengurusan utk memberikan senarai tarikh jadual kursus pada berdasarkan bulan/tahun supaya kami semua dapat sesuaikan dengan tarikh yang kami available.
Terima kasih atas usaha murni ini.
p/s: saya dah subscribe website ini supaya tak ketinggalan info
Waalaikummusalam Cik Puan Hamidah,
Insyaa-Allah pihak kami akan memaklumkan tarikh kursus yang seterusnya di dada http://www.shamsuddinkadir.com.
Shamsuddin Kadir