Skip to main content

Apabila kita meninggalkan pasaraya dan memasuki kedai runcit bagi membeli keperluan dapur, kos dapur kita menurun antara 30 – 50% dari belanja bulanan sebelum ini. Kedai runcit membantu kita mengawal nafsu. Pasaraya membantu membesarkan lagi nafsu kita jika kita tidak mengikatnya dengan prinsip dan disiplin iaitu membeli apa yang ada dalam senarai.

Kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk berkerja lebih semata-mata untuk ‘memberi makan’ kepada nafsu kita yang akhirnya membahayakan kesihatan fizikal (penyakit), kesihatan rohani (roh) dan juka kesihatan kewangan (bebanan kos sara hidup).

Merdekakan Minda dan Jiwa dengan mengikat Nafsu kita supaya kita yang menentukan hala tuju hidup kita bukannya Nafsu.

Shamsuddin Kadir

Leave a Reply