Cuba bayangkan kita memandu kereta tanpa mempunyai tempat yang hendak dituju. Sudah tentu kereta yang dipandu digunakan untuk meronda-ronda sementara mendapat ilham untuk memikirkan tempat yang ingin dituju. Pada masa yang sama kita telah pun membazir petrol dengan sia-sia.
Begitulah perumpamaannya dengan perancangan kewangan, sekiranya kita tidak tahu berapa banyak wang gaji yang sepatutnya dibelanjakan setiap bulan sudah pasti kita tidak tahu berapa banyak wang yang telah disimpan setiap bulan. Kadang-kadang setelah menulis di atas kertas, barulah kita tahu yang sebenarnya kita telah membelanjakan wang melebihi jumlah gaji setiap bulan.
Bagaimana boleh belanja melebihi apa yang kita mampu bayar? Sudah tentu dengan berhutang dengan menggunakan kad kredit, skim ansuran mudah dan sebagainya. Bila sudah terjebak dengan hutang, sukar untuk membayarnya jika tidak berdisiplin dan mengikut jadual yang ditetapkan.
—————————————————————————————————————————————————————————-Ingin tahu kemahiran mengurus duit dengan lebih cekap? Sertai Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 dan terhad kepada 8 orang peserta sahaja. Hanya tinggal beberapa kekosongan sahaja. Pembayaran boleh dibuat sebaik sahaja mendapat pengesahan dari kami sama ada melalui emel ataupun telefon. (Maybank 562106-200279)
Abdul Halim Bin Esa
Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources