Terdapat pelbagai pinjaman yang ditawarkan pelbagai syarikat, koperasi dan bank. Secara umumnya, majoriti skim pinjaman adalah racun kepada kesihatan kewangan kita. Kebanyakan orang-orang yang mengambil pinjaman tidak mampu menilai kemampuan sebenar dan membayar kembali pinjaman tersebut dalam waktu yang telah ditetapkan. Syarikat pemberi pinjaman pula sengaja memanjangkan tempoh pemberian pinjaman supaya mendapat keuntungan yang maksimum daripada peminjam sedangkan barang yang dipinjamkan telah pun rosak sebelum tempoh pinjaman itu selesai.
Sebagai contoh, Rizal (bukan nama sebenar) mengambil pinjaman untuk membeli sofa dengan harga RM1500. Dia perlu membayar balik sebanyak RM2800 selama tempoh 10 tahun 10 bulan dengan menggunakan kad kredit. Sebelum tempoh 10 tahun 10 bulan tamat, sofa yang dibeli sudah pun berada di tempat buang sampah sedangkan Rizal masih perlu membayar ansuran setiap bulan.
Prinsip hidup, jika saya tidak mampu membeli barangan secara tunai, maka saya memang tidak mampu memilikinya pada hari ini.
————————————————————————————————————————————————————Ingin tahu kemahiran mengurus wang terkini? Sertai Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources 11-2 Jalan Wangsa Ceria 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, dan sebab ingin menyertai kursus ini kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 (Maybank 562106 200279 – Shamsuddin Abdul Kadir) dan terhad kepada 8 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Halim di 03 4142 5300 pada dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Status kewangan peribadi kita tidak akan diketahui oleh peserta lain dan trainer. Kerana kursus ini membantu kita mengetahui status kewangan kita dan bagaimana kita dapat menguruskannya menggunakan pendekatan yang mudah.
Abdul Halim Bin Esa
Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources
salam tuan,,,masih ada kekosongan lagi ke?tentunya byk info2 dan tip2 berguna dapat diperolehi dari pihak tuan.
Salam Tuan Yusry, sepupu yang saya cukup suka untuk bertemu.
Semoga Tuan sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Ya masih ada lagi beberapa kekosongan. Jika Tuan ingin mendaftarkan diri emelkan ke info@sk.my, nanti Tuan Halim akan memberi maklum balas.
Shamsuddin Kadir @ SK