Secara asas, setiap orang berhutang untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah, kereta, dan pelajaran. Syukur sekiranya kita hanya mempunyai hutang-hutang yang asas seperti ini sahaja dan sedaya upaya tidak menambahkannya.
Namun, apabila nafsu boros dan ingin bermewah-mewah menguasai diri, ada orang memilih untuk hidup melebihi kemampuan diri dengan memiliki lebih dari sekeping kad kredit, membeli sofa, tv, meja makan menggunakan skim ansuran mudah, mengambil pinjaman peribadi dan sebagainya. Tanpa perancangan mereka menambah hutang sehingga kepada satu tahap mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah hutang yang ditanggung sehinggalah pihak bank menelefon setiap hari meminta menjelaskan tunggakan hutang, dikejar oleh ceti haram dan kad kredit yang digunakan melebihi had maksimum.
Orang yang merasakan dirinya mahal tidak memerlukan barangan yang mahal di sekeliling mereka. Orang yang merasa dirinya murah akan sibuk mencari simbol-simbol kemewahan untuk digunakan sekeliling mereka.
————————————————————————————————————————————————————————–Ingin tahu ilmu mengurus wang? Sertai Kursus Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, dan sebab ingin menyertai kursus ini kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 (LUARBIASA MURAH) dan terhad kepada 8 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Halim di 03 4142 5300 pada dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Status kewangan kita tidak akan diketahui oleh peserta lain dan trainer. Kerana kursus ini membantu kita mengetahui status kewangan kita dan bagaimana kita dapat menguruskannya menggunakan pendekatan yang mudah.
Abdul Halim Bin Esa
Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources
Kenapa kita berhutang?
Adakah untuk memenuhi keperluan asas atau bermewah-mewah?
Tidak salah untuk memenuhi keperluan asas atau bermewah-mewah tetapi selepas kita menggunakan hutang-hutang lain bagi menjana keuntungan bagi menampung keperluan asas dan sikap kita yang bermewah-mewah.
Apakah itu hutang-hutang lain?
Adakah mengambil pinjaman peribadi yang besar jumlahnya akan menyebabkan kita dibelenggu dalam kesusahan?
Teruskan mengambil pinjaman peribadi yang besar sekiranya layak kerana wang yang banyak adalah asas untuk membina kemewahan sekiranya digunakan dengan cekap dan berhemah.
“HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG” sekiranya kita bijak menukar hutang menjadi orang yang berwang.
“MAKAN GAJI TETAPI KAYA” sekiranya kita bijak menggunakan duit kita bagi mendapatkan lebih banyak duit dari orang lain (others people money)
“KAYA DENGAN RUMAH & BUAT DUIT DENGAN RUMAH” sekiranya kita bijak menguruskan hutang dan gaji bagi mendapatkan rumah.
saya setuju. dengan pinjaman peribadi dari “bank pilihan ramai ” saya sedang dalam proses pembinaan rumah untuk disewa ….. terima kasih yg tidak terhingga kepada TUAN SHAMSUDDIN kerana dengan tulisan beliau, dapat saya praktikkan idea-idea bernas beliau. terima kasih byk-byk