Skip to main content

Akhirnya apa yang selalu Shamsuddin Kadir memberi tazkirah di Masjid dan surau berkenaan dengan bahaya memiliki dan bermain dengan playstation adalah akhirnya terbongkar sedikit.

Hari ini permainan ini sudah menyediakan permainan membunuh ‘malaikat’ dan menjelajah syurga dan neraka. Kita masih menjadi manusia yang cintakan malaikat, kerana kita tidak pernah dibesarkan dengan bermainan permainan membunuh malaikat, tetapi bukan lagi anak-anak generasi yang ibubapa ataupun adik beradiknya memberi santapan rohani dengan membunuh ‘malaikat’ melalui permainan seperti playstation.

Adakah Allah masih ingin melimpahi keberkatan kepada individu yang bersubahat membeli, memberi, ataupun bermain dengannya.

Tiada malaikat akan mendoakan individu yang dengan suka bermain simulasi membunuh malaikat.

Bagaimana dengan akidah…. itu belum lagi anak-anak yang sudah didedahkan dengan pakaian yang ‘telanjang’ di dalam permainan itu…

Duit sudah habis, mungkin masih boleh kita terima, apabilah, Allah cabut semula nikmat ‘Islam’ dalam diri kita, sampai mati kita tidak lagi akan percaya dan yakin bahawa Allah itulah Tuhan yang menciptakan kita.

Suratkhabar hari ini iaitu Harian Metro seperti yang dilapurkan oleh Malaysia Hari Ini – TV3 memaklumkannya.

Shamsuddin Kadir

One Comment

  • azie says:

    salam

    maaf saya kurang faham kaitan playstaion dan tajuk utama akhbar hari ni, boleh jelaskan berita yang mana?
    *dah cari di akhbar online tapi tak jumpa,atau saya yang tak dapat membaca keadaan?*

Leave a Reply