Skip to main content

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam kehidupan kita banyak ujian dan cabaran yang kita perlu lalui bagi memastikan kekuatan yang Allah telah berikan kepada kita itu keluar dari kita. Antara syarat utama bagi kita berjaya menguasai diri kita sendiri adalah apabila kita berjaya melepasi ujian bersabar. Di mana apabila kita dilanda ujian, kita berjaya menguasai diri kita agar bersabar, berdoa, berusaha bagi mengatasinya tanpa berputus asa.

Mengikut Psikologi, dalam diri kita ada ‘Defense Mechanism’ iaitu mesin bagi mempertahankan diri kita walaupun kita bersalah. Contohnya, apabila kita lambat, kita mencari perkara yang boleh disalahkan. Contohnya kita menyalahkan kepada ‘traffic jam’.

Apabila kita tersilah melakukan kerja, kita mengatakan kerja yang terlalu banyak. Apabila ditakdirkan seseorang itu bercerai, Si Lelaki secara normalnya akan berkata bekas isterinya yang tidak baik, manakala Bekas isterinya mengatakan bekas suaminya yang tidak baik.

Habis siapa yang betul? Kita hanya dapat tahu, apabila pasangan itu kedua-duanya mempelajari ilmu supaya tidak mengunakan ‘Defense Mechanism’. Baru kita dapat mengetahui siapa yang sebenarnya menjadi penyebab kepada keretakan hubungan tersebut.

Kenapa kita tidak dapat bisnes, kerana ekonomi gawat. Kita tidak ingin mengatakan, kita tidak dapat kerana itu adalah kelemahan diri kita sendiri. Bila masa pula Allah mengatakan bisnes kita akan teruk apabila ekonomi gawat? Yang memberikan kita rezeki adalah Allah dan bukannya ‘ekonomi gawat’.

Shamsuddin Kadir

One Comment

Leave a Reply