Skip to main content

Assalamualaikum Tuan SK,

Saya adalah salah seorang pengikut setia blog tuan dan sedang mempraktikkan apa yang saya pelajari dari pihak Tuan.

Serba-serbi mengenai diri saya:

Umur: 36 tahun

Pendapatan bulanan : RM 14 ribu (kasar) RM 10.5 ribu (bersih)

Jumlah simpanan dalam tabung haji = RM 270 ribu

Jumlah Tanggungan Hutang : Hutang Rumah RM 340 ribu (prinsipal) secara islamic pada
% keuntungan 7.75% (ansuran bulan RM 2442)

Hutang Kad Kredit RM 8 ribu semasa (selalunya akan dapat bayar balik sepenuhnya sebelum dikenakan faedah)

Nota : Rumah dibeli secara hutang diatas pada harga RM 365 ribu dan harga pasaran sekarang adalah RM 530 ribu. alhamdulillah semenjak ada simpanan saya tak pernah gagal bayar zakat penggajian dan simpanan setiap tahun.

Baru-baru ini saya membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah berharga RM 455 ribu untuk tujuan disewakan pada kadar minimum RM 3 ribu dengan berhutang 90% dari bank dengan kadar 3.95% dengan ansuran bulanan RM 2,200.

Saya ingin kepastian dari Tuan SK samada tindakan saya membeli rumah yang terbaru adalah tindakan yang betul atau tidak unjuran dari keputusan saya tidak meneruskan niat saya untuk membeli kereta yang agak mewah yang saya idam-idamkan.

Satu lagi, adakah saya di berada kedudukan kewangan yang sihat memandangkan saya akan menambah jumlah hutang ekoran dari pembelian rumah yang terbaru dan apakah yang saya boleh lakukan untuk menambah pendapatan saya selain dari bergaji tetap.

Penjelasan dan nasihat pihak tuan amatlah saya hargai.

Kind Regards,
 

Zamri (Bukan nama sebenar)

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Zamri,

Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan dan ibubapa Tuan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Tahniah, Tahniah, Tahniah.

Memandangkan rumah yang Tuan ingin beli ini adalah rumah perlaburan yang pertama untuk disewakan, dengan jumlah perlaburan yang agak besar tetapi sewanya tidak terlalu tinggi, berbanding risiko yang perlu tanggung. Saya mencadangkan jika Tuan rasa baik dan sesuai, membeli sebuah kedai pejabat di tingkat bawah, yang berharga sekitar RM 450,000 ke atas di lokasi yang strategik ataupun beberapa unit pejabat di tingkat satu yang berharga di antara RM 100,000 sehingga RM 200,000 setiap satu. Tuan juga boleh memilih untuk membeli apartmen di lokasi strategik yang dilelongkan ataupun yang baru siap dengan harga sekitar RM 100,000 sebuah, di mana Tuan boleh membeli antara 4 hingga 5 buah secara (hampir) serentak.

Buku Kaya dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah dapat membantu kita mendapatkan manfaat, Insyaa-Allah (Jika diizinkan oleh Allah).

Tuan saya cukup berbangga dengan kesudian Tuan memuliakan akaun di Tabung Haji itu, kerana saya dapat merasai hidup Tuan penuh dengan keberkatan. Saya melihat mata kasar Tuan sudah hampir tertutup tetapi mata hati Tuan terbuka 360 darjah. Tahniah. Dengan kecerdikan (mengikut istilah yang digunakan oleh Allah) yang ada pada Tuan itu, saya memohon untuk Tuan juga mendoakan untuk kami semua (sepupu) supaya juga memiliki pancaindera hati yang sentiasa terbuka dan peka dengan definasi kecerdikan dari kamus Allah.

“Ya Allah letakkan dunia ini ditangan kami tetapi bukan di hati kami” Amin.

“Orang yang cerdik adalah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk mati” …

Sudah pukul 8.41 pagi, saya ingin mengerjakan solat Dhuha, Insyaa-Allah kita berjumpa nanti.

Shamsuddin Kadir

3 Comments

  • Zamri says:

    Terima Kasih Tuan SK atas nasihat anda…saya akan cuba praktikkan pada masa terdekat…

    Cuma adakah kedudukan kewangan saya baik untuk waktu ini?

    Wassalam

  • Zulkifli says:

    Salam Tuan Zamri,

    Tuan tinggal dimana? kalau tuan mahu membeli rumah kedai sekarang adalah bagus sebab di kawasan saya di kajang ( jalan Reko ) dan bangi ( Seksyen 7 dan di sebelah tasik cempaka ) adalah strategik kerana betul tempat tumpuan.. Tuan boleh beli dan sewakan dan mengikut survey yang saya lakukan dikajang jalan reko itu harga sebenar RM1.2 juta tapi hanya dapat RM870K sahaja hanya kerana rumah kedai itu telah dibeli seorang cina dan dia mahukan cash segera!!.. harap tuan dapatlah survey dulu disana dan tengok dulu tempatnya.. dan saya ada cadangan lain iaitu tuan boleh menambahkan simpanan selain tabung haji iaitu di Takaful.. sudahkan tuan dan isteri serta anak2 memiliki takaful? polisi pendidikan anak2 sudah ada?

  • Sue Reen says:

    Salam..usia saya 34 thn..bekerja kerajaan gred 41…sya telah membuat loan kerajaan ketika membeli rumah thn 2005 dgn harga 130k..sekarang saya berhasrat membeli lg sebuah rumah dengan pnjaman bank sbyk 150k untuk disewakan kadar 400 sebulan..di kawasan masjid tanah melaka..mengikut pandangan tuan adakah keputusan saya ini tepat krn saya berpendapat mmbeli rumah tidak rugi berbanding emas atau pelaburan koperasi…dan berani buat hutang sbb gaji saya akan naik saban tahun (insyaallah)..adakah relevan jika ikat smpai 30thn loan tu??? adakah ianya menguntungkan..terima kasih..

Leave a Reply