Peringatan di bawah ini ditujukan kepada Shamsuddin kadir
Apabila kita menguruskan kehidupan kita bertunjangkan Iman, sudah pasti kita sentiasa bersyukur dan bersabar di atas nikmat rezeki yang Allah berikan walaupun ianya banyak ataupun sedikit.
“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada segumpal daging, apabila daging ini baik, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain, dan sebaliknya apabila daging ini rosak maka rosaklah seluruh anggota tubuh yang lain, dan sebaliknya apabila daging ini rosak maka rosaklah seluruh anggota tubuh yang lain, ketahuilah daging itu bernama hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hati merupakan sumber keyakinan dan rumah bagi iman. Begitu juga dengan sifat keras dan kufur juga terletak di hati juga. Hati menjadi keras ketika di saat hati lupa berzikir kepada Allah. Hati menjadi keras apabila hati mempercayai tidak ada kehidupan selain dari kehidupan di dunia ini. Dengan keyakinan ini, ianya berusaha sedaya upaya bagi mengejar wang dan kemewahan hidup dengan mengunakan segala jenis cara. Ia berjaya mencapainya segalanya dengan cara zalim (haram) dan mengambil hak orang lain. Baginya dunia adalah tujuan akhir baginya dalam kehidupan.
Apabila iman telah keluar dari hati, tiadalah lagi istilah kasih sayang baginya dan anggota tubuh pun kehilangan iman. Apabila ia bertemu dengan orang yang dalam kesusahan di didepan matanya, ia tidak mahu memberi walaupun sepinggan nasi.
Dari tanggannya tidak ada cahaya iman sehingga dengan mudah ia mencuri dan mengambil harta secara haram.
Dari matanya hilang sinar iman, maka tidak segan-segan ia melihat hal yang diharamkan.
Di kakinya hilang cahaya iman, maka ia berat melangkahkan kaki ke masjid (rumah Allah).
Penting diingatkan hati merupakan sumber keimanan.
Maklumat di atas adalah ringkasan dari buku ‘Pesan Maha Kasih dalam Kisah’. Hadiah dari Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Shah Alam, Selangor sewaktu di jemput memberi ‘Motivasi’.
Perlaburan bagi hati yang beriman yang paling menguntungkan sudah pasti sembahyang secara berjemaah. Semoga hari cuti yang panjang ini bermula semalam sehingga hari selasa ini kita tambahkan nilai iman di hati untuk melangkah ke Masjid untuk sembahyang Subuh, Zuhur dan jika boleh semua waktu lain juga kita sembahyang di Masjid ataupun surau. Jika kita sibuk, sembahyang berjemaah di rumah itu menandakan hati kita semakin tinggi imannya.
Jangan biarkan hati kita menjadi keras @ mati, kerana matinya iman, kita menjadi umpama KERANDA HIDUP yang berlegar-legar di negara Allah.
Apabila hati kita menjadi tempat tinggal untuk Iman sahaja, sudah pasti kita juga tidak membazirkan duit untuk perkara yang tidak perlu dan lalai, ini membantu kita hidup dalam kemampuan sepanjang hayat di dunia yang sementara ini.
Shamsuddin Kadir
alhamdulillah. Sukanya!