Skip to main content

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya. saya ada membuat beberapa pinjaman seperti kereta, rumah dan ASB. Saya mempunyai lebihan pendapatan buat masa ini. jadi saya
berhasrat melangsaikan hutang-hutang itu. pinjaman kereta 5 tahun lagi,rumah 10 tahun,  ASB 8 tahun….

Saya harap saudara dapat memberikan jawapan secepat yang mugkin…

Yusri (bukan nama sebenar)

———————————-

Waalaikummusalam,

Saya gembira mendapat berita baik dari sepupu ini. Tahniah Tuan Yusri.

Jika ada pembiayaan hutang yang dibuat melalui skim konvensional iaitu bukan mengikut sistem kewangan Islam, bayar yang itu dahulu. Kerana Kita dapat membebaskan diri dari peperangan dengan Allah iaitu apabila kita terlibat dengan RIBA.

Bayar hutang ASB dan diikuti dengan Hutang Kereta dan akhirnya Hutang Rumah.

Tahniah, Tahniah, Tahniah. Saya cukup gembira apabila mendapat emel dari Tuan, kerana Tuan sudah menghampiri pintu kebebasan. Tuan telah membuat pilihan terbaik.

SK

Leave a Reply