Skip to main content

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tuan, Puan (sepupu Shamsuddin Kadir),

Semoga Tuan dan Puan sentiasa dikurniakan dengan limpahan kebaikan pada setiap pagi dan petang hari.

Majalah yang ada di pasaran pada ketikan ini banyak yang mendorong kita supaya berbelanja lebih banyak duit dari yang sepatutnya. Ianya menarik kita supaya sentiasa berbelanja.

Majalah berkaitan wanita menjadi antara penyebab utama kenapa individu yang bergelar ‘perempuan dan wanita’ suka shopping. Kajian yang dibuat oleh kami mendapati, individu yang suka membaca majalah lebih banyak yang berbelanja di luar kemampuan. Individu yang hanya membaca majalah yang berkualiti tidak mudah dipengaruhi dengan dorongan untuk berbelanja melebihi had garisan normal manusia.

Antara perbelanjaan yang menyebabkan kita melampau batasan berbelanja adalah entri dalam majalah berkenaan adalah ;

  • Hiasan dalam yang ‘tidak berpijak di bumi nyata’, semua hiasan itu hanya mengalakkan kita menukarkan perabot dan aksesori dalam rumah kita.
  • Set alat mekap yang mahal dan mewah yang selepas digunakan muka kita sudah menjadi seperti bintang superstar, tetapi apabila lapisan mekap itu tertanggal, rupa kita yang sebenar tetap kelihatan.
  • Pakaian yang menampilkan kejelitaan ketrampilan sahaja, tetapi tidak untuk kejelitaan sosial. Mengalakkan kita menambahkan koleksi baju yang mahal dan mewah. Supaya kita dilihat eklusif.
Bagi lelaki, majalah berkaitan kereta dan aksesori menjadi punca utama kenapa sebahagian dari kereta yang berada di atas jalan raya dihiasi dengan pelbagai rupa. Dari Stereng kereta sehinggalah ekzos kereta. Jika kita lihat, banyak duit yang dibelanjakan apabila kita mendekati majalah seperti ini.
Yang paling menakutkan sekarang, apabila timbulnya individu dan kumpulan yang menawarkan peluang membuat duit yang diiklankan di dalam akhbar, tv dan majalah. Berhati-hati supaya kita tidak tertukar yang mana satu permata dan yang mana kaca. Luahan klien  yang sudah kerugian ratusan dan jutaan ringgit apabila menjadikan informasi ‘tidak berkualiti’ sebagai teman hidup.
Shamsuddin Kadir

2 Comments

  • Azlin Yusoff says:

    Salam Tuan SK,

    Semoga usaha tuan memberi kesedaran kepada semua sepupu-sepupu mendapat keberkatan dari Allah. Saya berpendapat yang sama dengan tuan. Tidak terhad majalah untuk wanita & lelaki tetapi juga bagi remaja dan kanak-kanak. Amat senang terpengaruh sekiranya sentiasa disogokkan dengan iklan-iklan yang menguja hati. Setidak-tidaknya pun, ulangan untuk pembelian majalah yang sama pasti akan berlaku [untuk koleksi diri katanya].

    Alangkah baik sekiranya kita dikelilingi dengan informasi berkaitan pembaikan diri dan keimanan.

    Salam.

  • thinkerich says:

    Salam Tuan SK dan pembaca blog SK,

    Pendedahan yang baik tuan SK. Semoga ianya dapat memberikan lebih banyak kesedaran kepada para pembaca…

    Selepas ini saya nak terbitkan lebih banyak lagi produk “informasi kewangan yang bakal menebalkan dompet kita”…

Leave a Reply