Skip to main content

Assalamualaikum Tuan (Sepupu saya),

Saya telah mengikuti kursus Dedikasi Pekerja untuk Staf Hotel Shangrila KK dua hari lepas, saya benar-benar teruja dengan setiap topik yang dibincangkan.

Saya juga pernah mengikuti kursus-kursus sebelum ini, tapi kali ini saya telah merasakan satu kelainan.

Kelakar juga kalau saya katakan, saya tidak dapat tidur malam setelah selesai kursus dijalankan. Sebenarnya otak saya terus berfikir untuk mencari jawapan kerana setiap huraian dan soalan yang dibincangkan amat mendalam dan sukar untuk saya difahami.

Tapi, setelah saya berfikir dan terus berfikir, barulah saya mendapat jawapan apabila saya berfikiran sebagai orang yang LUAR BIASA. Saya juga telah sedar bahawa selama hidup saya ini cara pemikiran saya hanyalah seperti ORANG BIASA.

Tidak mustahillah apa yang saya dapat hari ini hanyalah ketahap seperti kebanyakan orang-orang biasa walaupun dalam hidup saya punya cita-cita yang terlalu tinggi.

Melaluai Kursus ini saya juga telah sedar bahawa untuk menjadi orang yang lebih berjaya hendaklah membuat penghijraan dari pemikiran orang BIASA ke LUARBIASA.

Apabila saya berfikiran LUARBIASA secara tidak langsung saya ingin meletakkan diri saya dalam golongan itu dan dengan beranggapan seperti itu juga ianya akan menjadi pengalak untuk saya mencapai segala apa yang kita hendakkan.

Kursus DEDIKASI PEKERJA yang pada mulanya saya sangkakan sukar untuk saya fahami, tapi sebenarnya adalah sangat mudah dan sangat menarik setelah saya juga telah mendapat manfaat berfikiran LUARBIASA seperti Tuan.

Secara jujur Kursus ini bukan sahaja untuk mendedikasikan diri kita sebagai seorang pekerja, tetapi bagi saya Kursus ini lebih kepada memberi motivasi dan galakan untuk kita menukar pemikiran dan lebih memajukan diri dari semua segi lebih-lebih lagi untuk mencapai kejayaan yang sangat membanggakan dalam kehidupan.

Saya sangat suka..!
Cik Puan Yatie
Kota Kinabalu, Sabah

———————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Yatie,

Semoga Cik Puan Yatie sentiasa dikurniakan oleh Allah dengan kebaikan dan gaya kerja yang luarbiasa setiap masa. Amin.

Kursus ini memang ‘berat’ ianya hanya berjaya dicapai oleh individu yang membuat ‘PILIHAN’. Apabila Shamsuddin Kadir membaca komen Cik Puan ini, yang menyatakan Cik Puan tidak dapat tidur kerana berfikir, saya dapat katakan, Cik Puan sebenarnya telah membuat pilihan untuk menjadi luarbiasa. Kursus ini adalah enjin yang dimasukkan ke dalam otak kita bagi mengerakkan sistem berfikir yang luarbiasa.

Mulakan langkah pertama untuk meluarbiasakan tugas yang di pertanggungjawabkan kepada kita. Saya akan menyokong Cik Puan 100% dapat memastikan segala harapan Shangri_La dapat Cik Puan penuhi di luar jangkaan Majikan.

Terima kasih di atas sekeping kertas bertajuk SK dan ‘Buah Tangan’ dari peserta, saya amat menghargainya.

Terus berpesan kepada peserta lain (semuanya) Mendorong dari belakang.

Saya ingin menerima satu lagi panggilan dari Mr. Koh yang menyatakan peserta kursus yang menghadiri Dedikasi Pekerja sudah bertindak dan menghasilkan prestasi luarbiasa.

Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan semua peserta kursus saya kerana saya mempunyai tanggungjawab yang amat besar, kerana mereka semua adalah ‘darah daging saya’. Mereka semua adalah sepupu saya yang amat saya kasihi dan sayangi.

Shamsuddin Kadir

Trainer Korporat

Kuala Lumpur

www.sk.my

Emel: info@shamsuddinkadir.com

‘Sertai kursus Dedikasi Pekerja pada 22-23 Februari 2010 di Hotel De Palma Ampang Selangor | Kuala Lumpur. Untuk melihat dan mencetak brochure sila klik pada gambar di bawah, brochure adalah dalam format PDF. Ataupun hubungi 03 4142 5300 (Halim ataupun Latiff).

Leave a Reply