Assalamualaikum,
Ada satu entri Tuan SK yang saya benar2 dapat mempertahankan utk kekal dgn prinsip yg sama seperti Tuan SK iaitu permainan PSP. Saya begitu tegas utk tidak memberi peluang lansung kepada anak saya utk membeli permainan tersebut shgg kdg2 naluri sbg ibu merasa kesian melihatkan kerenahnya yg terlalu inginkan permainan tersebut. Namun saya cuba memberi nasihat yg boleh diterima kpd anak saya berkaitan baik dan buruknya permaina tsbt yg mana lebih kpd buruk/ tdk berfaedah.
Apabila membaca/ terjumpa pula entri tuan yg sama dgn prinsip saya, ia membuatkan lagi semangat saya anti-PSP. Begitu juga entri-entri lain seperti melunaskan hutang, keburukan kad kredit, berpoya-poya dgn internet terlalu lama dll. Semoga Tuan SK memperbanyakkan lagi usaha-usaha untuk menyedarkan umum dgn pelbagai entri yg menyentuh kpd tabiat-tabiat yg cenderung kpd pembaziran wang/ masa dn lain2.
Insyallah usaha ini diberkati Allah. Bolehkah Tuan SK ulas tentang wang saku untuk anak2 ke sekolah , perlu atau tidak, berapa yg sepatutnya jika ianya perlu dan bagaimana untuk mengajar mereka menguruskan wang saku yg diberikan?. sekian terima kasih
wasalam
Sue
——————————-
Salam Tuan,
Saya sangat sedih apabila kakak ipar saya membelikan anak nya hadiah PS2 selepas menjanjikan nya jika anak nya itu mahu berkhatan. Idea hadiah PS2 diminta kerana hasil daripada pengaruh anak jiran yang setiap petang bermain dirumahnya.Selepas berkhatan, anaknya mula menagih janji dari ibunya setiap hari.Ibunya yang tidak tahan melihat gelagat anak nya dan juga tidak mahu anak nya selalu pergi dirumah jiran maka diturutilah kan permintaan anak nya.Hasil nyer ke empat-empat anak nya 10 thn, 8thn, 6thn dan 4 tahun setiap hari bermain PS2. Keadaan sudah sukar dikawal.Generasi kecil sekarang adalah peminpin akan datang.Selamatkan lah mereka.