Skip to main content

Dengan izin Allah, esok Shamsuddin Kadir akan ke Kota Kinabalu Sabah bagi menjayakan kursus Dedikasi Pekerja untuk kakitangan Shangri-La Hotel, Kota Kinabalu yang akan bermula pada 14 – 15 Jan 2010.

Semoga kakitangan seramai 25 orang yang bakal mengikuti kursus ini dapat menzahirkan kemahiran mereka dalam meluarbiasakan  operasi Shangri-La Kota Kinabalu.

Kepada Tuan dan Puan yang ingin berjumpa dengan Shamsuddin Kadir boleh sms ataupun call 014 5454008 (nombor hp operasi yang hanya aktif ketika SK berada diluar lokas). Waktu yang boleh dihubungi adalah selepas 2 petang 13 Januari 2010. Hari Khamis mulai pukul 6 petang ke atas. Hari Jumaat selepas pukul 5.30.

2 Comments

  • cik cloudy says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya telah lama mengikut website tuan ini, hari ini apabila saya menerima satu surat dari satu syarikt kredit kad, hati saya terpanggil untuk bertanya pada tuan. Saya baru sahaja menerima satu Statement of Account bagi kad kredit yg saya tidak pernah aktifkan (3 tahun dulu apply sebab terpedaya dengan hadiah) Setelah beberapa tahun takde pulak saya terima statement yang minta saya bayar RM90.58 utk annual membership fee RM90 dan credit shiled plus RM0.58

    Persoalannya, perlukan saya bayar apa yang saya tidak pernah guna, tapi saya sedar silap saya tidak pernah batalkan kad tersebut. Apa perlu saya buat sekarang?

    Mohon jasa baik tuan memberi sedikit tunjuk ajar buat saya.

    saya ada buat satu entry di blog saya pasal tensen dengan statement nih

    http://cloudymonday.blogspot.com/2010/01/tensen-lagi.html

    terima kasih.

    Semoga tuan dan keluarga diberkatiNya.

    -Cik Cloudy-

  • Cik Puan Yatie says:

    Assalamualaikum Tuan (Sepupu saya),

    Saya telah mengikuti kursus Dedikasi Pekerja untuk Staf Hotel Shangrila KK dua hari lepas, saya benar-benar teruja dengan setiap topik yang dibincangkan.

    Saya juga pernah mengikuti kursus-kursus sebelum ini, tapi kali ini saya telah merasakan satu kelainan. Kelakar juga kalau saya katakan, saya tidak dapat tidur malam setelah selesai kursus dijalankan. Sebenarnya otak saya terus berfikir untuk mencari jawapan kerana setiap huraian dan soalan yang dibincangkan amat mendalam dan sukar untuk saya difahami. Tapi, setelah saya berfikir dan terus berfikir, barulah saya mendapat jawapan apabila saya berfikiran sebagai orang yang LUAR BIASA. Saya juga telah sedar bahawa selama hidup saya ini cara pemikiran saya hanyalah seperti ORANG BIASA. Tidak mustahillah apa yang saya dapat hari ini hanyalah ketahap seperti kebanyakan orang-orang biasa walaupun dalam hidup saya punya cita-cita yang terlalu tinggi.

    Melaluai Kursus ini saya juga telah sedar bahawa untuk menjadi orang yang lebih berjaya hendaklah membuat penghijraan dari pemikiran orang BIASA ke LUARBIASA. Apabila saya berfikiran LUARBIASA secara tidak langsung saya ingin meletakkan diri saya dalam golongan itu dan dengan beranggapan seperti itu juga ianya akan menjadi pengalak untuk saya mencapai segala apa yang kita hendakkan.

    Kursus DEDIKASI PEKERJA yang pada mulanya saya sangkakan sukar untuk saya fahami, tapi sebenarnya adalah sangat mudah dan sangat menarik setelah saya juga telah mendapat manafaat berfikiran LUARBIASA seperti Tuan.

    Secara jujur Kursus ini bukan sahaja untuk mendedikasikan diri kita sebagai seorang pekerja, tetapi bagi saya Kursus ini lebih kepada memberi motivasi dan galakan untuk kita menukar pemikiran dan lebih memajukan diri dari semua segi lebih-lebih lagi untuk mencapai kejayaan yang sangat membanggakan dalam kehidupan.

    Saya sangat suka..!
    Cik Puan Yatie
    KK

Leave a Reply