Skip to main content

Sekali sekala, selepas menjalankan kursus ataupun ketika makan dengan seseorang Shamsuddin Kadir bertanya kenapa libatkan diri dengan ‘Bisnes Internet”?

Jawapan yang diberikan adalah ‘Nak cari duit cara mudah dan cepat.

Apabila dibedah kesihatan kewangan mereka itu, ini yang SK temui.

1. Tiada duit – Penganggur (kebanyakannya lulusan universiti)

2. Dibebani dengan hutang @ kos sara hidup yang tinggi.

Jika kita meronda-ronda di dalam internet ‘Malaysia’ kita dapati terlampau banyak produk-produk yang dijual, dengan tujuan bagi mendapat duit, kerana belum dapat kerja walaupun sudah beratus kali memohonnya. Sebahagian dari produk bisnes internet dijual adalah bagi memastikan duit yang diperolehi itu bagi menjelaskan hutang bulanan yang tinggi.

Itu yang menyebabkan SK mencuba sedaya upaya untuk tidak berada lama di internet, bagi mengelakkan memasuki di halaman yang berisiko ‘perangkap’.

Antara cara terbaik kepada kita bagi mencapai kepuasaan hidup (usahawan sukses ataupun pekerja super)ย bukan melalui internet, tetapi melalui pembelajaran terus dari sifu yang hebat. Belajar secara face to face adalah antara langkah terbaik bagi menguasai asas bagi membina kejayaan kita.

Carilah mentor yang benar-benar ingin membantu kita berjaya. Dalam kajian separuh jalan, Tim SK mendapati duit yang melebihi RM 1 Billion telah dibelanjakan untuk ‘Bisnes Internet Atas Angin’. Berapa ramai lagi individu yang akan tertipu ataupun ditipu?

Berapa ramai individu yang menghabiskan masa di internet 24 jam sehariย di seluruh dunia? Seramai mana bilangan mereka, hanya beberapa orang yang menjadi hebat (boleh dikira dengan jari)… Bill Gates, Google, Yahoo, kini Facebook…

Jika di negara maju, itu sahaja bilangan antara individu terhebat, adakah peluang-peluang bisnes Internet itu menjadikan kita senang?

Individu yang tiada duit dan ada banyak hutang mudah terpengaruh dengan pelbagai tawaran yang disediakan dalam rangkaian internet.

Berapa banyak duit yang kita telah habiskan sama ada dengan membuat bayaran online, bayaran melalui kad kredit bagi membeli ebook yang kita tertipu? ataupun kursus yang berselindung?

Berhati-hati apabila memilih produk ebook dan lain-lain, pastikan ianya adalah yang benar dan betul-betul membantu kita untuk sampai ke Z. (A sehingga Z).

5 Comments

  • 2bz4money says:

    Salam,
    Skim affiliates dalam pemasaran merupakan cara mudah dan senang untuk mendapatkan komisen di Internet. Tetapi budaya SPAM via e-mel adalah tidak beretika dan menyusahkan Netters yang lain. Kebanyakkan e-books direkacipta secara CNP (Copy n Paste). Penulis e-books plagiat ini pun tak beretika. e-books yang berkualiti memaparkan gaya tersendiri penulis dalam menggarap teori dan praktikal(dilakukan sendiri oleh penulis) sesuatu perkara..

  • jai@jaigoku says:

    Salam Tuan,

    Bisnes itu sama sahaja.. ada yg jujur dan ada yg tidak. Apabila sesuatu yang tak elok berkenaan internet yang menimpa salah seorang yang membayar melaluinya, mudah untuk mereka buruk sangka pada yang lain, mereka pasti berkata ” Ahh sama sahaja mereka ni.. Dah tak boleh percaya lagilah!”

    Bagi seseorang yg beranggapan untuk mendapatkan wang yg mudah dgn menceburi bidang bisnes Internet, mereka salah. Sepatutnya mereka tidak berfikiran begitu dan sepatutnya membuat pilihan kerana benar2 berminat dengan bidang ini. Mereka juga patut berfikir apa yg ‘aku’ dapat sumbangkan untuk faedah semua orang.

  • Becky says:

    Salam Tuan SK yang saya muliakan,

    Didoakan Tuan dilindungi rahmat-Nya sentiasa, dimurahkan lagi rezeki dari segenap ruang, Insya Allah. Amin.

    Ketika saya bermain papan permainan Cashflow 101, saya belajar satu perkara. Saham ialah satu cara untuk mendapatkan fast cash. Gunanya fast cash adalah untuk membayar hutang atau mengumpul duit untuk downpayment.

    Setelah dua tahun saya mempelajari bisnes internet, saya juga berpendapat yang sama. Internet memberikan pulangan cash dengan cepat. Dan jika kita tidak tahu cara menguruskan cash terbabit, datanglah keuntungan banyak sekali pun, ia tetap boleh mengalir keluar dengan cepat.

    Jadi, isu bisnes internet bukanlah isu ia relevan, praktikal atau tidak.

    Tetapi isu ilmu pengurusan kewangan individu terbabit. ๐Ÿ™‚ Seperti main saham, cash boleh dapat cepat, salah langkah, cash pun hangus cepat.

    Dalam pelaburan produk di internet pula, saya sentiasa memastikan akaun bank online saya sentiasa sifar bakinya. Ini untuk memastikan saya tidak terperangkap dalam pembelian tergesa-gesa.

    Mungkin pandangan saya berbeza dengan orang lain. Saya lebih cenderung perniagaan offline dengan menggunakan internet sebagai plaform pemasaran. Bagaimanapun, saya kagum dengan mereka yang membina kekayaan melalui bisnes internet. Cuma pada fikiran saya yang tidak bijak ini, mereka juga perlu mendalami ilmu pengurusan kewangan.

    Bisnes internet boleh menjadi penyumbang tunai, juga boleh menjadi barah.

    Fikir-fikirkan.Sekadar perkongsian

    Sekian, saya suka dengan entri ini

    Terima kasih.

  • zaki says:

    “making money online” bukanlah semudah yg disangka.. atau ditulis dalam banyak sales letter penjual ebook. Saya pun dulu start buat “money online” pada akhir 2006 sampailah dah 2010.. takde satu pun sebenarnya cara yang mudah.. semuanya kena ada startegi dan mindset yg betul.. kena try error. Dah berjaya barulah kita duplicate teknik tersebut.

    Pada saya kebanyakan Ebook yg dijual adalah basic. saya lihar ramai yg nak dapat duit cepat.. . Tulis ebook.. tak kisahlah sama ada ebook tu betul betul boleh generate income hebat drp screenshot sales letter… cari rakan JV yang banyak lead. dan kaboom.. dapatlah income lebat. Tapi kesian kpd org-orang yang baru-baru tercari cara untuk dapatkan 1st income yg betul secara online

  • thinkerich says:

    Salam SK dan semua pembaca blog SK,

    Masing-masing boleh memberi pendapat dari sudut pandang dan persekitaran bisnes masing-masing.

    Namun begitu, bagi saya yang telah menceburi bisnes offline & online, saya dapati kedua-dua medium bisnes ini mempunyai strategi pemasaran yang berbeza.

    Mungkin bagi mereka yang belum menguasai ilmu pemasaran internet, mereka akan merasa sesuatu yang mustahil untuk memperolehi keuntungan dan pendapatan melalui perniagaan internet.

    Namun saya tidak salahkan mereka yang kurang percaya pada bisnes internet ini, mungkin ianya masih belum boleh diterima sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia secara keseluruhan…

    Atau mungkin masih ramai yang keliru antara BISNES INTERNET dengan PROGRAM INTERNET?

    Kedua-duanya berbeza..

    Tak kira samada Offline mahu pun online, ada yang menjalankan bisnes cara yang salah dan ada juga cara yang betul …

    Oleh itu, kita perlu tahu untuk membezakan mana yang betul mana yang salah sebelum membuat pilihan..

    Bagi saya, tidak kira perniagaan online mahu pun offline, masing-masing ada usahawan yang berjaya yang boleh dijadikan mentor..

    “Untuk berjaya, bukan sekadar mencari mentor dan mengharapkan mentor mengajar kita semata-mata tetapi kita sanggup belajar melebihi daripada apa yang mentor ajarkan pada kita..”

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

Leave a Reply