Skip to main content

Tuan, Puan dan semua sepupu Shamsuddin Kadir yang dihormati,

Semoga hari ini menjadi satu lagi hari bagi kita berusaha meningkatkan kualiti hidup kita. Amin.

Tidak semua kaedah pembelian barangan ataupun nikmat yang membantu kita hidup dengan lebih selesa dan tenang. Ada kaedah membeli barangan ataupun servis yang menjahanamkan kehidupan kita ada sampai ke liang lahad.

 

Skim Ansuran Mudah adalah satu dari barah kewangan yang perlu kita elakkan seumur hidup. Sucikan diri kita dari terdedah kepada bakteria kewangan ini. Jika ketika ini kita sudah terjebak, antara langkah yang kita boleh lakukan adalah JANGAN membaca lagi ‘flyer’ yang dihantar ke dalam peti surat kita. Dalam ‘flyer’ itu ada jampi yang sudah berjaya membuat kita menangung hutang yang luarbiasa. Jiran kita membeli sofa yang berharga RM 1,500 dengan harga RM1,300. Kita membelinya dengan harga RM 2,000. Untuk barang yang sama, kita terpaksa membayar lebih.

Pinjaman Peribadi adalah merupakan antara barah kewangan yang paling merebak ke dalam masyarakat kita. Jika ibubapa kita dahulu tidak perlu pun dnegan pinjaman peribadi untuk membesar dan menjadikan kita orang yang hebat. Apa yang menyebabkan kita memerlukannya? Ianya tidak lebih dari ‘jampi bisnes’ yang digunakan bagi membuatkan kita terpedaya, terperangkap. Nikmat yang kita rasa sebelum ada hutang ini, sudah tiada lagi, ianya hanya dapat kembali apabila hutang kita habis dibayar dengan sepenuhnya.

Kad kredit adalah antara barah yang paling bengis, kerana ianya membuatkan pemilik ataupun pemegangnya menjadi cepat tension, pemarah dan semuanya tidak kena. Jika dahulu, orang semua menghormati kepada pengguna kad kredit di pasaraya dan di station minyak, tetapi kini masyarakat melihat orang yang mengunakan kad kredit sebagai orang yang tiada duit dan hidup diluar kemampuan. Hanya segelintir yang guna kad kredit yang menjelaskan hutang sepenuhnya pada setiap bulan.

Barangan kita yang sudah lusuh ataupun kelihatan buruk itu sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita, kerana ianya mengingatkan kita bahawa, kita juga sebenarnya sudah semakin ‘tua’ semakin dekat dan hampir dengan tarikh mati kita.

Hidup dalam keadaan yang kita mampu bayar dan tanpa merendah-rendahkan sepupu kita yang lain. Jika kita ada duit, agihkan sebahagiannya kepada ahli keluarga kita dan semua sepupu kita.

Supaya kita tidak pernah berjaya untuk menyesal sewaktu di dunia kerana membiarkan nikmat tenang dirampas, dirompak dan diambil dari kita akibat tindakan kita.

‘Orang yang merasakan diri mereka berharga, mereka tidak memerlukan barangan yang mahal untuk dilekatkan kepada mereka, ataupun disekeliling mereka (kereta, rumah…). Orang yang percaya diri mereka mahal @ beharga, mereka sibuk membantu orang lain hidup dalam keadaan tenang iaitu nikmat yang tidak boleh dibeli dengan bebanan hutang.

Shamsuddin Kadir

Trainer Korporat & Penulis 9 Buah buku di Malaysia dan Indonesia

4 Comments

  • 2bz4money says:

    Salam Tuan..

    Pengurusan kewangan peribadi masih menjadi agenda negara seperti isu Along, Hutang Kad Kredit dan muflis walaupun cukup makan gaji. Bila isu sosial ini semakin meruncing, maka kita patut kembali kepada asas pendidikan. Pendidikan mengenai pengurusan kewangan peribadi telah mula dipelopori oleh agensi kerajaan seperti AKPK. Umum perlu tahu apa yang dimaksudkan sebagai kemampuan, keperluan, kemahuan dan kehendak. Ukur baju di badan sendiri merupakan peribahasa melayu yang merujuk kepada kemampuan seseorang. Biar papa asal bergaya merujuk pula sikap menunjuk-nunjuk yang akhirnya memakan diri. Saya mendapat manafaat dengan skim ansuran mudah dan kad kredit setelah mengambilkira aspek positif/negatifnya. Bagi yang tiada pertimbangan (ilmu pengurusan kewangan) pastinya mereka mudah dijangkiti Barah Kewangan ini..

  • annahs says:

    Assalammualaikum..

    Saya ada persoalan mengenai dengan rumah. Boleh ke saya email di info@shamsudinkadir.com? Atau ada email yang tidak formal.
    Terima kasih

    (buku Buat Duit dengan Rumah tu bagus betul!)
    annahs

  • roslan says:

    selamat tahun baru, moga tahun 2010 kita semua lebih sukses dan bebas dr ‘hutang yang tidak baik’.

  • Waalakummusalam,

    Saudara Annahs boleh menghantar emel ke info@shamsuddinkadir.com

    Saudara Roslan, Amin.

Leave a Reply