Skip to main content

Berita yang saya terima dari sumber yang boleh dipercayai, sebuah syarikat MLM ‘besar’ย yang banyak disertai oleh masyarakat kita, logo-logo syarikat ini banyak tertera di kereta-kereta agennya sedang merayu supaya lesen mereka tidak ditarik balik. Puncanya disebabkan oleh syarikat MLM itu yang menjalankan sistem operasi menyimpang dari sistem pemasaran yang dibenarkan. Mereka menghantar sistem marketing untuk agen yang biasa, untuk kelulusan lesen. Apabila lesen sudah lulus, mereka mengunakan sistem pemasaran yang ‘PANAS’

Sekarang mereka laris menjual pangkat-pangkat dengan harga puluhan ribu ringgit, ini bagi menarik individu yang ada pangkat yang tidak mahu bermula dari bawah. Ianya juga dapat menarik individu yang pangkatnya dipejabat rendah tetapi ada duit banyak.

Bagi individu yang tiada duit tunai, agen MLM ini akan membantu individu bagi membuat pinjaman peribadi (barah kewangan) dan ada yang mengajar individu supaya keluarkan duit mengunakan kad kredit. Awas!!!!

Seorang peserta saya yang pernah bergaji RM 9,000 berhenti dan membeli pangkatย agenย sebanyak RM20,000 dan sekarang beliau sudah menangung kerugian melebih RM 130,000 dalam MLM.

Apa berlaku kepada agen apabila syarikat ini diharamkan @ tutup apabila rayuan mereka tidak diterima?

Apa yang berlaku kepada individu-individu yang kita cadangkan kepadaย mereka supaya membeli pangkat yang berharga puluhan ribu ringgit itu?

Syarikat yang sudah ditutup akibat lesen di tarik balik teramat banyak, dan banyak juga MLM yang beroperasi walaupun tiada dan lesen sudah TAMAT.

11 Comments

  • Salam Tuan SK, sama-samalah kita menyedarkan masyarakat yang belum terlibat dan yang telahpun terlibat. Sama-samalah kita berpesan ke arah kebenaran dan kesabaran. Moga Tuan dirahmatiNYA selalu, insyaAllah

  • PG says:

    Salam Tuan.
    Bahaya penyakit hati yang terlalu tamakkan dunia.
    Semoga Allah pelihara hati2 kita.

    PG
    pgcare.blogspot.com

  • a razak says:

    Ramai antara kita ingin cepat kaya itulah faktor utama ramai terjerat dengan MLM. Menjadi kaya itu tidak salah tetapi cara mana kekayaan itu hendak dibina? Mereka yang tidak sabar akhirnya akan terjerat. Kekayaan harus dikumpul dengan kesabaran. Jikalau kita menjadi kaya hasil penindasan pembeli kita maka lambat laun pasti kita akan merasai kesan buruknya. Kerajaan harus memantau demi memastikan hasrat murni rakyat untuk berniaga tidak disalahguna oleh pengusaha-pengusaha MLM ini.

  • syed says:

    saya pun dah banyak terkena
    sama-sama berpesan pada kebenaran,tapi bila mana yg baru2 berkecimpung dlm bidang ini akan panas,hati mereka biasanya akan tertutup utk berfikir secara normal..

    pengalaman saya.

    terima kasih

  • YusriZakaria says:

    walaupun dah ramai yang terkena, tetapi masih ramai yang tak belajar dari kesilapan…tepuk dada tanyalah iman masing-masing..

  • YusriZakaria says:

    tepuk dada tanyalah iman masing2

  • Nabieel says:

    Sedih juga mendengar berita sebegini. Nak cari duit sanggup lakukan apa saja.

    Itulah saya selalu katakan pada diri “aku kerja ingin mencari rezeki, bukan mencari duit semata-mata”

  • thinkerich says:

    Apabila syarikat MLM mula memanipulasikan alat kewangan…

    Mereka yang buta kewangan akan terus diperdayakan…

    Yang untung sudah tentulah syarikat MLM itu sendiri dan juga upline yang terdahulu..

    Kaedah meminjam dan berhutang untuk mendapat komisyen yang besar tak ubah seperti MLM yang menjalankan skim Piramid…

    Siapa yang untung? Orang yang di atas atau terdahulu..

    Siapa yang rugi? orang yang kemudian…

    p/s : syarikat kewangan dan koperasi sudah tentu paling untung dan gembira dengan kaedah manipulasi ini…

  • YusopRejab says:

    Salam,

    Apapun fikir dahulu dan tanya orang yang lebih arif tentang perkara ini.
    Saya pun hampir terjerat dengan satu syarikat MLM ni tapi setelah saya hadir kursus SK satu masa dahulu dan ada peserta yang mengutarakan perkara ini, saya telah buat kajian dan bertanya kepada rakan-rakan dan juga ahli MLM itu sendiri, barulah saya tahu bahawa bukan semudah yang disangka..
    Alhamdulillah saya tak terjerat..

  • Ahmad Zaki says:

    Pandangan Mata itu Selalu Menipu, Pandanglah Dengan Hati, Iman dan Taqwa, Kita Hidup Bukan Bermatlamatkan Kejayaan Dunia Semata-mata, Kejarlah Akhirat Insya-Allah, ‘Dunia’ akan mengikuti kita…???? ????, Wassalam

  • ibrahim says:

    boleh tahu syarikat apa? sekurang-kurang selepas syarikat ini dapat lesen taklah yang lain join.

Leave a Reply