Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan, Puan dan semua sepupu saya yang dimuliakan,
Apabila kita memilih untuk tidak menjadi biasa, kita sebenarnya menukarkan diri kita dari memikir dan hidup cara biasa menjadi luarbiasa. Banyak gaya hidup kita dilihat sebagai luarbiasa, kerana kita tidak melakukan perkara yang biasa.
Apakah kelebihannya menjadi luarbiasa? Apabila kita menjadi luarbiasa kita dapat sampai ke tempat yang dipanggil luarbiasa. Orang yang kekal biasa tidak akan sampai ke tempat tersebut. Adakah tempat itu menunjukkan satu ketinggian? Ya.
Ketinggian yang diukur dengan mata ataupun kayu pengukur di mana apabila kita sampai ke bulan ataupun ke langit (Nabi) itu dikatakan luarbiasa.
Ketinggian yang diukur dengan garis ketaqwaan kepada Allah, di mana setiap apa yang kita lakukan adalah bagi mendapatkan keredhaan yang Maksimum dari Allah (Tuhan).
Ketinggian yang diukur dengan garis ketampanan ataupun kejelitaan sosial, di mana kita melakukan yang terhebat dalam menjaga hati dan perasaan tetamu dan orang yang berada disekeliling kita.
Ketinggian yang diukur di dalam kehebatan bisnes yang kita lakukan, sehingga menghasilkan pulangan yang terlalu banyak melalui usaha yang halal dan ianya di salurkan kepada orang yang miskin dan juga anak yatim.
Ketinggian yang diukur di dalam kehebatan kita mendekatkan lagi dengan majlis-majlis ilmu dan mempratikkan sebanyak yang boleh ilmu-ilmu yang kita pelajari.
Luarbiasa yang kita cari adalah bagi mendapatkan keredhaan Allah dan juga memastikan hubungan kita sesama manusia dan lain-lain dalam keadaan yang terbaik dan disukai oleh manusia lain.
Insyaa-Allah (If God willing), Learning Station di Wangsa Melawati akan menyediakan pelbagai ruang untuk Tuan dan Puan (sepupu Shamsuddin Kadir) untuk turut sertai mencapai kehidupan yang sentiasa luarbiasa di atas umur hidup yang masih berbaki.
Shamsuddin Kadir
Trainer Korporat dan Penulis 9 buah buku
Emel: info@shamsuddinkadir.com
One Comment