Skip to main content

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sepupu-sepupu (Tuan dan Puan) Shamsuddin Kadir yang dimuliakan,

Semoga Tuan dan Puan sentiasa dirahmati oleh Allah (Tuhan) dengan limpahan kebahagiaan dan kesenangan di dunia (tempat sementara) dan akhirat (tempat kekal). Amin.

Membaca buku yang BERFAEDAH & BERINSPIRASI adalah perlu bagi individu yang ingin memastikan ‘paip’ kehidupan kita tidak bocor, dan jika ianya bocor terlebih dahulu, kita dapat menampalnya.

Ketika ini  ada juga sebahagian individu yang banyak membaca buku, hanya  menceritakan kisah kejayaan orang lain sejak bertahun-tahun dahulu sehingga sekarang. Kisah kejayaan yang diketahui melalui tulisan buku, tetapi tidak memilih untuk memanfaatkan buku itu dengan meningkatkan kualiti hidup dengan memanfaatkan ilmu itu menjadi amalan kehidupan harian.

Kepada yang belum dan ada hutang, membaca buku, memanfaatkan ilmu dan juga mengikuti majlis-majlis ilmu yang disertai dengan doa membantu kita membebaskan diri dari bebanan hutang yang tidak perlu sepanjang hidup kita.

Gunakan waktu malam ketika di rumah untuk menyepikan ruang tamu rumah dengan santapan paling bermanfaat iaitu Membaca buku bersama keluarga. Masing-masing dengan sebuah buku.

Ketika entri ini ditulis iaitu pada pukul 7.22pagi isteri saya mencapai sebuah buku di library terbuka kami untuk menemani beliau dan saya menikmati jamuan pagi. Beliau telah menghasilkan banyak kejutan istimewa dalam kehidupan kami sekeluarga di atas pilihan yang beliau buat iaitu memanfaatkan setiap saat yang bergerak dengan mencari dan memahami ilmu baru.

Shamsuddin Kadir

Jurulatih Kejayaan Tel:  03 4142 5300 :: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply