Skip to main content

“Abang seperti tugu” kata teman SK memecah kesunyian pagi Rabu.

“Kenapa pula?” soal SK sedikit tersentap.

“Kehadiran Kumbang membawa perubahan besar pada satu tempat. Kehadirannya membawa wabak pemusnah tanaman kapas. Hingga ianya membuatkan penduduk di kawasan tersebut membina sebuah Tugu berbentuk Kumbang tersebut. Kenapa? Kerana wabak pemusnah tanaman yang dibawa oleh Kumbang itu telah membuatkan penduduk di situ mengubah pemikiran mereka bagi menghasilkan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran hingga tanaman-tanaman itu lebih menguntungkan mereka berbanding tanaman kapas.Sama dengan apa yang abang lakukan sejak dari dahulu”  

“Kesimpulannya?”

“Ya… yang penting kita harus fikir apa yang kita harus buat selepas ini tetapi bukannya mengapa? kenapa pertanyaan ‘mengapa?’ belum pasti akan membawa perubahan besar dalam hidup seseorang. Dan saya sudah nampak perubahan demi perubahan dalam hidup saya kerana abang selalu memotivasikan diri saya dan orang lain dengan pertanyaan apa yang harus kita buat selepas ini?  

“Satu dari apa yang abang lakukan adalah memandikan kami dengan  maklumat yang akhirnya membuatkan orang lain termasuk saya mengambil langkah untuk menukarkan gaya berfikir ” kata teman SK

Entri ini ditulis dan disediakan oleh teman hidup Shamsuddin Kadir.

2 Comments

  • PG says:

    Salam Tuan SK.
    Saya doakan agar Tuan SK dan keluarga sentiasa dirahmati Allah.
    Teruska usaha2 Tuan SK yang mulia itu untuk membantu masyarakat kita di dalam pengurusan kewangan.

    PG
    `sharing is caring`
    pgcare.blogspot.com

  • Salam Saudara PG,

    Saya suka di atas doa saudara, semoga Allah juga mengurniakan limpahan kebaikan yang datang mendadak kepada saudara pada setiap pag dan petang hari. Amin.

Leave a Reply