Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bengkel Urus Wang untuk individu akan di adakan di Taman Permata, Hulu Klang, berdekatan dengan Pasaraya Giant Taman Permata pada hari Ahad bersamaan dengan 6 Disember.
Tempat : Di Tingkat 3 Sekolah Bimbingan Al-Ikhlas, di atas Klinik Noriah, satu ‘row’ dengan Seven Eleven. Sebelah Giant Taman Permata.
Masa : 2 – 5 Petang
Jika tidak jumpa sms ke 0193001200.
Kepada yang belum mendaftar sebelum ini sila emelkan nama, nombor telefon dan alamat ke info@shamsuddinkadir.com Tidak perlu alamat penuh, cuma nyatakan bandar dan negeri sahaja, seperti Shah Alam, Selangor.
Kepada yang sudah menghantar emel boleh terus datang, tidak perlu menunggu emel dari Shamsuddin Kadir, kerana tiada emel akan dibalas untuk pendaftaran bagi bengkel urus wang ini.
Nota hanya disediakan untuk 30 peserta pertama, datang awal supaya mendapat tempat yang lebih selesa.
Semuanya diberikan percuma. Makanan dan minuman tidak disediakan. Oleh kerana tiada yuran yang dikenakan tidak perlu bawa duit banyak.
Jika Tuan dan Puan yang ingin membeli, berkemungkinan besar Tim Shamsuddin Kadir akan membawa buku-buku tulisan beliau dan juga buku-buku yang dicadangkan oleh beliau.
Kepada Tuan dan Puan yang sudah membeli buku Shamsuddin Kadir dan ingin mendapatkan ‘kata-kata peribadi di atas buku itu’ bawa bersama pada hari tersebut.
Sekian, kami suka
Shamsuddin Kadir
Saya berminat untuk menghadiri bengkel urus wang. Boleh sy tau bengkel bermula jam berapa & tamat jam berapa?
Salam Tuan
Insya-Allah, saya berminat untuk menghadiri bengkel tersebut.
Assalamu’alaikum Tuan SK,
Setahu saya ada kelas terjemahan oleh Puan Ainon pada tarikh dan di tempat yang sama.
Adakah kelas tuan akan diadakan di bilik yang satu lagi?
Imran Yusuf.
Assalamu’alaikum Tuan SK,
Saya terjempa artikel di yahoo yang, saya percaya, selari dengan pendapat tuan.
Baca di sini:
http://finance.yahoo.com/personal-finance/article/108261/ignore-your-credit-cards-minimum-payment
A’kum Tuan Shamsuddin,
Terima kasih kerana memberikan pembelajaran kewangan yg berguna semalam dan secara percuma pulak lagi. Saya rase begitu bertuah kerana tuan sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman saudara yg melimpah ruah itu sesama saudara islam lain seperti saya. Diharapkan kita sentiasa didalam perlindungan ‘nya’, dimurahkan rezeki dan kesihatan yg baik. Amin…