Skip to main content

Insyaa-Allah (If God willing), Tim Ultra Mind Resources bersama Shamsuddin Kadir akan menjayakan misi ‘Kinabalu Leadership’ pada bulan Mac 2010. 

Progam kepimpinan ke Kinabalu ini terbuka untuk semua individu sama ada masih di universiti, sedang bekerja ataupun usahawan dan juga individu yang sudah melepasi umur 55 tahun.

Kosnya adalah amat minimum iaitu bagi menangung kos perbelajaan perjalanan (termasuk tiket kapal terbang) dan tempat tinggal dan caj pengurusan.

Mengikut perancangan awal kosnya tidak lebih dari RM1,000. Antara yang bakal menyertainya adalah  Tuan Hazali Hassan iaitu dari Waiz (Malaysia) Sdn Bhd, Tuan Abdul Latiff Abdullah trainer dari kumpulan SK.

Antara kelebihan menyertai program ini :

  • Membuka dunia baru yang penuh dengan 1001 keajaiban dalam hidup kita. Ajaib yang kita cipta.
  • Memberi kita pilihan sama ada untuk buat apa yang kita sedang lakukan ataupun BERUBAH
  • Menambahkan ‘yakin’ dengan apa yang kita mampu lakukan
  • Kita dapat apa yang kita impikan apabila kita membuat pilihan
  • Membina kawan baru iaitu dengan individu yang berlainan dari kelompok kehidupan harian kita
  • Menghasilkan satu tenaga baru yang kita sebenarnya berjaya melakukan lebih dari apa yang kita percaya
  • Membuatkan orang di sekeliling kita lebih menyakini kita

Kepada yang berminat untuk menyertai, mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh mengemelkan ke training@sk.my , tuliskan tajuk emel itu : Program Kepimpinan Ke Gunung Kinabalu.

Sertakan maklumat peribadi seperti

  • nama penuh,
  • nombor telefon,
  • alamat emel yang boleh dihubungi,
  • Umur
  • status : Pelajar/Pekerja/Usahawan/Pesara
  • dan alamat penuh

Kami akan menghubungi Tuan dan Puan apabila kami sudah mendapatkan jumlah kos untuk seorang dan juga tarikh program tersebut.

Siapa yang paling layak untuk menyertainya: Tuan dan Puan yang ingin melakukan sesuatu di luar kebiasaan.

Shamsuddin Kadir

Timbalan Bendahari Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) 

2 Comments

Leave a Reply