Skip to main content

Pandangan yang disertakan diruangan diskusi kuliah.

Salam tuan, saya bukanlah seorang yang bagus dalam melontarkan komen yang membina. Maafkan saya jika komen ini hanya membuang masa tuan dan pembaca yang lain… saya ingin sekali menyatakan mengikut pengalaman saya sebagai lelaki yang beragama Islam.

Tuan… terus terang, apa yang dikatakan oleh tuan tidak dapat saya sanggah dengan ilmu dan pengalaman yang saya miliki. Mengadap internet adalah perkara sia-sia, sia-sia dalam banyak perkara… 90 peratus. Ianya lebih kepada hiburan sahaja… sekian.

Ridwan

——————————

Semua pandangan oleh Tuan dan Puan amatlah dihargai oleh halaman ini, tetamu dan juga shamsuddin kadir sendiri.

Semua pandangan adalah dihormati, pandagan Tuan Ridwan sebagai contoh akan membuatkan orang berfikir sebentar sama ada kenyataan itu ada kebenarannya ataupun sebaliknya. Sudah pasti ada yang menyokongnya dan juga yang menolaknya. Kita hormati pandangan masing-masing.

Kepada tetamu lain, sudi-sudikan bagi memberikan pandangan, ianya adalah untuk kebaikan bersama.

Shamsuddin Kadir

One Comment

  • zulfadli says:

    Sia-sia dalam banyak perkara… Perkara apakah itu?

    Jawapan saya: Perkara yang tidak bermanfaat atau perkara yang melalaikan.

    Jika di internet ada hiburan, di televisyen juga banyak hiburan. Begitu juga di akhbar, juga banyak perkara yang tidak berguna seperti permainan politik kotor dan paparan hiburan yang berlebihan.

    Namun, di internet juga banyak ilmu dan peringatan yang bermanfaat seperti blog-blog orang yang berjaya seperti blog Tuan SK ini.

    Semuanya terserah kepada kita untuk memilih kerana ‘kuasa’ pilihan itu ada di tangan kita. Internet hanyalah alat dan kitalah tuannya.

Leave a Reply