Skip to main content

Assalamualaikum Tuan SK,

Saya Puan Suriya, ingin membuat pertanyaan. Saya ada membaca buku-buku tulisan Tuan SK. Daripada buku tersebut saya cuba menganalisa kewangan peribadi disamping hutang-hutang saya. Berikut hutang saya:

1. pinjaman kereta- 9 tahun bulanan RM1200
2. pinjaman rumah dua teres korner tidak diduduki- 30 tahun bulanan RM1700 (dibeli dgn harga RM219k pada tahun 2003)
3. pinjaman peribadi – 9 tahun bulanan RM700.
 Total gaji bulanan saya bersama suami adalah RM8700.

Masalah saya adalah saya ingin menjual rumah saya. Pinjaman ke atas rumah sudah 6 tahun lebih. Pada mulanya rumah dibeli utk diduduki, tetapi atas beberapa masalah ia disewakan kepada pengusaha tadika dengan sewaan bulanan sebanyak RM800 sebulan (-ve flow) saya maklum tentang itu. Tarikh tamat perjanjian adalah 2009 dec.

Kami tidak bercadang utk menyambung perjanjian dgn beliau. Kami bercadang utk menjual rumah tersebut. Masalah kami adalah pembeli yg ingin membeli mempunyai banyak pinjaman rumah. Beliau adalah seorang usahawan. Beliau meminta kepada kami utk meneruskan nama sebagai peminjam di bank Islam (bank yg kami berurusan pinjaman), dan berjanji utk selesaikan baki pinjaman bank tersebut kurang dari 2 tahun.

Lebihan untung dari jual beli akan diberi secara tunai. Alasan beliau adalah sukar mendapat kelulusan bank. Walaubagaimanapun perjanjian ini akan dilaksanakan dengan bantuan guaman. Buat pengetahuan Tuan SK, rumah ini kami jual dgn harga  RM290k. Penjelasan pinjaman bank pada dec ini lebih kurang RM215. Oleh itu tunai yg perlu dibayar adalah RM 75k.

Persoalan saya adalah;
1) sekiranya saya bersetuju utk menjual kpd beliau apakah syarat-syarat perundangan yg perlu ditetapkan supaya tidak berlaku penipuan di kemudian hari.

2) adakah berbaloi nilai yg diperolehi dr hasil jualan

3) perlukah saya menjualnya.

Saya berharap sangat Tuan SK dapat membantu persoalan saya ini. Terima kasih atas
pandangan yang bakal diberikan.

Yang benar,

Puan AA (Bukan nama sebenar)

————————–

Waalaikummusalam Cik Puan,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada kita semua pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Tiada ‘masalah’ bagi menjualkannya kepada pembeli seperti itu, tetapi perlu ‘mencegah’ dan bukannya mengubati ‘masalah’ yang bakal timbul jika kita tidak membuat persiapan rapi.

Syarat yang perlu ada antaranya adalah:

  •  Ttempoh waktu pertukaran nama mestilah 24 bulan dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani, mesti tertera di atas perjanjian itu bilakah tarikh tersebut, contohnya 23 November 2011.
  • Pembeli perlu memberi 3 bulan ansuran awal di tambah dengan sewa bulan tersebut sebagai permulaan sebagai jaminan deposit. Tarikh akhir membayar ansuran bulanan adalah 1 hb setiap bulan.
  • Jika pemilik tidak menjelaskan ansuran itu dan sudah tertunggak melebihi 3 bulan, maka perjanjian ini terbatal, dan bayaran downpayment tidak akan dikembalikan. Hakmilik rumah kembali kepada Si Penjual.
  • Dapatkan Lawyer yang ‘cerdik’ bagi memasukkan clausa itu dan claus-claus lain yang dirasakan perlu atas nasihat Lawyer yang cerdik itu.

Berbaloi, hanya Cik Puan yang paling sesuai bagi menilaikannya. Ada orang untung RM 10,000 sudah berbaloi, ada orang untung 960,000 baru berbaloi. 

Sanggupkah cik Puan untuk tidak menjualkannya tetapi membayar ansuran RM 1700 sebulan kepada bank? Jika sanggup dan boleh hidup dengan tenang membayarnya setiap bulan, mungkin menjual rumah itu adalah langkah kurang bagus, tetapi jika Puan merasakan bebanan yang amat sangat, lebih baik jualkan sahaja.

Sekian, saya suka

Shamsuddin Kadir

Penulis buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

 

3 Comments

  • suriya says:

    assalamualaikum,

    terima kasih yang teramat kepada Tuan SK. mudahan dengan idea yang bernas ini yg dianugerah Tuhan dapat saya kongsi dan praktiskan. Saya tidak tenang dengan hutang-hutang yg ada. Saya setuju untuk hidup dengan tenang tanpa hutang dan sedang berusaha ke arah itu. Mudahan urusan jual beli ini berjalan lancar tanpa perkara yang buruk. Saya juga berniat untuk melangsaikan hutang peribadi saya lebih kurang rm 45000. Saya bermohon pada Tuhan agar niat saya berjaya. Terima kasih kerana memberi panduan dan inspirasi. Semoga Tuan dan sekeluarga diberkati ilmunya sehingga akhir hayat.

  • Waalaikummusalam Cik Puan Suriya,

    Saya suka sangat apabila Cik Puan ingin melangsaikan hutang peribadi yang berjumlah RM 45,000.

    Saya doakan agar Puan dan semua tetamu halaman ini yang ada hutang dipermudahkan dalam urusan membebaskan diri supaya hidup kita sentiasa tenang. Amin.

    Shamsuddin Kadir

  • Ida says:

    Assalamualakum Tuan,

    Sekiranya boleh tuan memberi pendapat, saya ingin betanya.. adakah ada cara saya untuk mengeluarkan EPF bagi hutang membeli rumah. Saya sedia maklum pengeluaran terhad atas nama pembeli atau pasangan sahaja. Memandangkan saya yang membayar ansuran bulanan , saya berharap ada cara, mungkin seperti pertukaran nama atau lain-lain. Apa pandangan encik.

    sekian, terima kasih

Leave a Reply